Biasiswa Kerajaan Oman 2026 Dibuka – Tajaan Penuh Ijazah Sarjana Muda

Biasiswa Kerajaan Oman 2026 Dibuka – Tajaan Penuh Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Kerajaan Sultanate of Oman Tahun 2026 kini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Biasiswa ini ditawarkan di bawah Program Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik Oman (The Omani Program for Cultural and Scientific Cooperation) bagi sesi akademik 2026/2027.

Program ini menawarkan biasiswa tajaan penuh (fully funded) untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Oman.

Poster Biasiswa Kerajaan Oman 2026 bagi Program Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik Oman untuk pelajar Malaysia

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mengikut ketetapan berikut:

  • Tarikh Buka: 15 Julai 2026
  • Tarikh Tutup: 15 Ogos 2026

Calon disarankan mengemukakan permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal pada saat akhir.

Poster Biasiswa Kerajaan Oman 2026 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar Malaysia

[Klik pada imej untuk besarkan]

Peringkat Pengajian

Biasiswa ini ditawarkan bagi:

  • Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate / Bachelor’s Degree)
Poster persediaan awal UASA menggunakan nota ringkas dan latihan soalan untuk bantu anak lebih yakin belajar dari sekarang bagi Tahun 1–6 dan Tingkatan 1–3.

[Iklan / Advertisement]

Bidang Pengajian

Pemohon bebas memilih bidang pengajian major atau minor yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Oman.

Walau bagaimanapun, penajaan tidak ditawarkan bagi bidang berikut:

  • Perubatan (Umum/Manusia)
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Sains Makmal Perubatan
  • Pendidikan

Kuota Biasiswa

Sebanyak satu (1) kuota tajaan disediakan kepada seorang pelajar Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Penerima biasiswa akan menerima kemudahan seperti:

  • Pembiayaan penuh yuran pengajian
  • Elaun bulanan sebanyak OMR 200 sekiranya penginapan tidak disediakan oleh institusi
  • Elaun bulanan sebanyak OMR 140 sekiranya penginapan disediakan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik sekali bagi setiap tahun akademik
Nota kafa Pesan Abi

[Iklan / Advertisement]

Syarat Kelayakan

Antara syarat utama permohonan ialah:

  • Warganegara Malaysia dan tidak menetap di Oman
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun ketika membuat permohonan
  • Memiliki General Education Diploma atau kelayakan setaraf yang tamat pada tahun akademik 2025/2026
  • Memperoleh keputusan minimum 75%
  • Sihat dari segi fizikal dan mental

Cara Mengemukakan Permohonan

Borang permohonan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada:

📧 info@om-cao.com

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau pertikaian berkaitan biasiswa boleh diajukan kepada Bahagian Pengajian Siswazah dan Tajaan, Kementerian Pendidikan Oman melalui e-mel:

📧 postgraduate@moe.om

Rebut Peluang Menimba Ilmu di Oman

Biasiswa ini merupakan peluang yang sangat baik kepada lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara dengan tajaan penuh.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, pastikan permohonan dikemukakan sebelum 15 Ogos 2026.

Semoga berjaya kepada semua pemohon.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini

 

Email: 80008000@mygcc.gov.my

Website: https://www.mohe.gov.my

Facebook: https://www.facebook.com/MOHEOfficial/

Instagram: https://www.instagram.com/mohe.official

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCzqgghAktWioBL_P7oRAXCg

x: https://x.com/moheofficial

 

Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia

+603 8000 8000 (MyGCC)
+603 8000 8001 (MyGCC)

modul-jawi
word-search-puzzle
cikgu-hakim
tudung si comel

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

July 2026
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031