Sejarah Tahun 5 KSSR Unit 8: Jata Negara

Sejarah Tahun 5 KSSR Unit 8: Jata Negara


Oleh: Cikgu Yaya    Mat Pelajaran: Sejarah  Tahun/Tingkatan: Tahun 5

 

BAHAGIAN 1

🎈MATAPELAJARAN: SEJARAH TAHUN 5 KSSR SEMAKAN
🎈UNIT 8: JATA NEGARA (BAHAGIAN 1)
🎈DSKP: 9.1.1, 9.1.2 dan K9.1.4

 

✏️✏️Video Pembelajaran:
https://youtu.be/i2IrBsIO3Q8

 

Jata Negara merupakan lambang kebesaraan negara Malaysia. Jata Negara juga merupkan simbol perpaduan, lambang kemegahan dan identiti rakyat Malaysia.
Tahukah kamu? Jata Negara ini merupakan lambang rasmi yang digunakan pada bangunan-bangunan rasmi seperti Istana Negara, Tugu Negara, dan juga pada pejabat-pejabat kerajaan. Antaranya ialah Jabatan Imigresen dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu juga, jata negara digunakan pada surat-surat rasmi kerajaan dan juga digunakan dalam dokumen rakyat Malaysia seperti pasport, sijil lahir dan kad pengenalan.

 

Tapi adakah kita tahu tentang sejarah wujudnya jata negara ini? Hah, kalau awak semua nak tau sebanyak 4 kali Jata Negara telah diubah disebabkan faktor-faktor tertentu. Jata Negara telah diperkenalkan bermula dari Tahun 1948 dan telah berlaku perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Jika anda semua nak tau lebih lanjut tentang Sejarah Jata Negara, Jom kita dengar penerangan dari kawan Cikgu Yaya iaitu Nina!

 

Video ini menerangkan tentang:
1. Maksud Jata Negara
2. Dimana Jata Negara didapati
3. Sejarah Jata Negara
4. Jata Negara 1948, 1963, 1965 dan Kini
5. Jata Negara terkini
6. Kepentingan Menghormati Jata Negara
7. Kesimpulan

Semoga bermanfaat untuk awak ye ❤️❤️🥰

 

✏️✏️Link Latihan: Sejarah Jata Negara dan Lambang Jata Negara Terkini
Klik untuk buka latihan di Live Worksheet 

 

Klik image untuk mulakan slide secara manual atau lihat imej penuh:

Boleh juga download kompilasi imej dalam bentuk fail PDF di bawah:

DOWNLOAD FILE PDF

Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:

BAHAGIAN 2

🎈MATAPELAJARAN: SEJARAH TAHUN 5 KSSR SEMAKAN
🎈UNIT 8: JATA NEGARA (BAHAGIAN 2)
🎈DSKP: 9.1.3 dan K9.1.5 dan K9.1.6

✏️✏️Video Pembelajaran:
https://youtu.be/Nrb30M0gabA

 

Jata Negara merupakan lambang kebesaraan negara Malaysia. Jata Negara juga merupkan simbol perpaduan, lambang kemegahan dan identiti rakyat Malaysia.
Tahukah kamu? Jata Negara ini merupakan lambang rasmi yang digunakan pada bangunan-bangunan rasmi seperti Istana Negara, Tugu Negara, dan juga pada pejabat-pejabat kerajaan. Antaranya ialah Jabatan Imigresen dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu juga, jata negara digunakan pada surat-surat rasmi kerajaan dan juga digunakan dalam dokumen rakyat Malaysia seperti pasport, sijil lahir dan kad pengenalan.

 

Jata Negara terdiri daripada lambang-lambang seperti bintang pecah 14, bulan sabit berwarna kuning, dua ekor harimau, jata Negari Sabah dan Sarawak, Bunga raya, Pokok Melaka, Pokok pinang dan jambatan, empat jalur warna, lima bilah keris dan cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu”. Setiap lambang mempunyai maksud yang unik dan tersendiri. Kita juga perlu menghayati dan mengamalkan maksud Cogan Kata Jata Negara bagi meningkatkan patriotisme dalam diri dan melahirkan generasi yang cemerlang dan mempertahankan kedaulatan Negara. Jika anda semua nak tau lebih lanjut tentang Maksud pada lambang Jata Negara, Jom kita dengar penerangan dari kawan Cikgu Yaya iaitu Nina!

 

Video ini menerangkan tentang:
1. Maksud Lambang pada Jata Negara
2. Kepentingan Jata Negara sebagai identiti negara
3. Kepentingan Menghayati dan Mengamalkan cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu
4. Kesimpulan

 

✏️✏️Link Latihan: Sejarah Jata Negara dan Lambang Jata Negara Terkini
Klik untuk buka latihan di Live Worksheet 

 

Klik image untuk mulakan slide secara manual atau lihat imej penuh:

 

Boleh juga download kompilasi imej dalam bentuk fail PDF di bawah:

DOWNLOAD FILE PDF

Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

2 Comments

    • Admin Cikgu Fadli Online

      Admin: Jata negara merupakan lambang sesebuah negara. Setiap negara ada jata negara masing-masing. Ianya simbolik, iaitu melambangkan kebanggaan dan identiti sesebuah negara 😊

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

January 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031