Jom belajar Bundar guna TEKNIK TURUN NAIK BUKIT dan RUMAH JIRAN.

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

maksud-bundar

1) Jelaskan maksud bundar.

Untuk tahun 1, kau kena bagi dia ingat bahawa BUNDAR bermaksud TUKAR NOMBOR KEPADA PULUH. Ini kau kena tekan dan ulang-ulang. Lepas tu kau tanya dia,

” Apa itu nombor puluh? ”

Kau bilanglah bersama dia nombor puluh bermula 10, 20, 30 …… 100.

Untuk tahun 2 dan 3, tekankan bahawa bundar itu bermaksud MENUKAR NOMBOR KEPADA KEHENDAK SOALAN.

Kalau soalan suruh bundar pada puluh terdekat, bimbing anak kira nombor PULUH, kalau bundar pada ratus terdekat, maka kau bimbing anak kira nombor RATUS sahaja. Dari 100 sampai 1000.

2) Teknik TURUN NAIK BUKIT.

Ini teknik cikgu otai tahun 1 mesti tahu. Teknik paling mudah nak bagi murid faham apa itu bundar. Kau rujuk gambar yang aku sertakan ni.

Kau lukis bukit, puncak bukit mesti nombor 5 berada di tempat sa. Contoh soalan seperti berikut :-

53 dibundarkan menjadi [ ]

Nombor 50 dikaki bukit sebelah kiri, nombor 60 dikaki bukit sebelah kanan, dan nombor 55 dipuncak bukit. Part ni pun kena bagi penerangan jelas dan berulang-ulang. Ya, walau bosan mesti ulang-ulang sampai berpuluh kali.

Ulang supaya anak kau tahu nombor berapa patut ada di kaki bukit sebelah kiri, nombor berapa patut ada dikaki bukit sebelah kanan, dan nombor berapa patut berada dipuncak bukit.

Lepas tu kau tulis semua nombor dari 51-54 kat sebelah KIRI bukit, nombor 55 kat tengah dan nombor 56-59 kat sebelah KANAN bukit. (Rujuk gambar)

Kemudian kau bulatkan apa yang soalan hendak. Kat sini soalan tanya nombor 53, kau bulatlah nombor 53. Dah bulat, apa lagi. Kau gunakan kemahiran seni lukis kau yang power tu. Lukis basikal kat nombor 53 biar anak kau nampak dengan jelas dan dapat bayangkan.

Masa ni kau tanya dia,

” Kalau basikal kat sini, agak-agak dia turun ke nombor 50 ke dia boleh pergi ke nombor 60?”

Kalau anak kau jawab betul, kau berlakon la buat muka terkejut penuh gembira. Puji dia berbakul-bakul. Ajak ‘Hi 5’. Bagi duit singgit. Bagi makan eskrim. Bagi coklat. Bagi hadiah basikal sebutir.

Eh, macam melampau pula baru dapat jawab satu soalan dah dapat basikal. 😂

tukar-soalan

2) Tukar soalan lain, lukis lagi. Lepas tu kau suruh dia pula lukis dan kau bagi soalan. Penerangan kena bagi dengan jelas. Jelas sejelas-jelasnya.

Tapi, walau penerangan diberi sangat detail, slow dan berulang-ulang, pasti ada murid nampak faham tapi tak faham.

Ya tuan-tuan. Memang wujud murid nampak faham tapi tak faham ni.

Dalam penerangan dan aktiviti murid bersama guru, kemain aktif dia angkat tangan menjawab. Betul pula tu. Bila disuruh buat dalam buku latihan, dia dulu datang ke depan tanya macam mana nak buat. 😅

 

buat-contoh-soalan

3) WAJIB buat contoh soalan yang nombor ‘SA’nya ialah 5. Ini WAJIB!

Contoh aku buat kat sini ialah 75.

Macam biasa, latih anak buat bukit. Tulis nombor 70-74 di sebelah KIRI bukit, 75 di tengah-tengah dan 76-80 di KANAN bukit.

Bila dah siap tanya anak macam ni,

“Kakak, kalau kakak naik basikal. Sampai puncak bukit kakak penat, kakak mengundur ke belakang ke terus maju ke depan?”

Kalau dia jawab “Belakang umi,” kau jawab begini,

“Jangan kakak. Kalau undur ke belakang mesti tergolek-golek kakak jatuh. Luka parah nanti.

Ingat, bila berada di tengah-tengah, bila nombor 5 kat nilai tempat SA, maju terus. Jangan undur lagi. Baru basikal tak jatuh, baru jawapan Matematik kita betul.”

Haa, gitu cara jawab tau. Bagi anak Bayangkan dia yang naik basikal tu. Biar dia bayang dalam kepala basikal tu meluncur laju ke depan sampai kaki bukit tu.

teknik-rumah-jiran

4) Teknik rumah jiran.

Nah, ini pun antara teknik mudah nak bagi murid faham bundar. Kau rujuk la gambar aku, boleh faham rasanya kan?

Tapi tak pe, aku jelaskan secara ringkas ya teknik rumah jiran ni. Penat dah aku ajar teknik naik basikal tadi. Huhuhu.

Baik. Teknik ni kau kena lukis 10 buah rumah. Kau tulis nombor berdasar kehendak soalan. Macam contoh soalan aku buat,

” 32 dibundarkan menjadi [ ] (berapa)?

Warnakan rumah nombor 32. Tanya dia, nak ke rumah 30 ke 40 yang lebih dekat?

Ulang dan ulang sampai lebam. Sampai dia faham.

Kalau rumah tu berada ditengah-tengah (nilai tempat SA ialah 5), cakap kat anak begini,

“WAJIB ke rumah paling KANAN. Macam hari raya juga, kita pilih rumah yang paling banyak bagi duit raya kan?

Rumah KIRI hanya bagi RM30, rumah KANAN nak bagi RM40, rumah mana kakak nak pergi?”

(Andaian soalan yang ditulis ialah ‘Bundarkan nombor 35 kepada puluh terdekat.’)

Haaa, gitew cara soal dan bimbing anak berfikir dan bagi mereka faham tau.

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mewarna Poster Cuti Sekolah

Mewarna Poster Cuti Sekolah

🌎  Hai adik-adik! Hari ini, Admin Azlin ingin berkongsi bahan pembelajaran dan pendidikan (PdP) yang baru untuk...

CVC Puzzles Worksheet

CVC Puzzles Worksheet

CVC Puzzles Worksheet Sumber / Guru: Zatil Aqmar(Atil)      Mata Pelajaran / Subjek : Bahasa Inggeris  Tahun /...

35 Perkataan KVKVK

35 Perkataan KVKVK

35 Perkataan KVKVK  Sumber / Guru: Zatil Aqmar(Atil) Subjek / Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tahun / Tingkatan: Kelas...

Daily Conversation (Part 1)

Daily Conversation (Part 1)

Daily Conversation (Part 1) Teacher / Source : Easy English with Madam Nagiha Year / Form: Kelas Umum Subject: Bahasa...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib