Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

ubah

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita.

Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk.

Berhenti cuba puaskan hati semua orang. Akan sentiasa ada sahaja yang takkan puas hati, yang tak setuju, yang tetap mencari salah kita, yang tak suka kita namun disorok dibalik senyuman.

Undur diri. Jauhi. Hindari.

Pilih orang yang kita selesa berada disekeliling kita, yang sentiasa ikhlas dan jujur dalam bicara, yang tidak bermuka-muka. Biar orang sebegini berada disekeliling kita. Hidup lebih tenang dan tenteram.

Sebab itu di Facebook, ada butang block. Gunakan butang itu untuk pilih post siapa yang patut melintas di newsfeed kita sebagai bahan bacaan kita setiap hari.

Saya sendiri guna butang itu bila perlu. Biasanya terhadap fake acc yang datang tak puas hati dengan apa jua tulisan kita.

Jenis nak suruh kita tulis apa yang mereka suka tanpa rai apa yang kita suka tulis. So, saya block sahaja orang sebegitu.

Dia tak sakit hati tak perlu baca tulisan kita, kita tak sakit hati tak perlu baca komen dia.

Win – win. Dia senang, kita tenang. Gituhhh.

Selamat pagi duniaaaa!

#MFS
– Tenang jiwa itu lebih berharga dari duit sejuta

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031