Kisah Relief

video-kafa
relief
Dapat jadual relief 2 wawasan, masa PJK. Kelas 2 wawasan ni rasanya blok D, tingkat 3 kalau tak silap. Ingat-ingat lupa. Masuk je waktu, cepat cepat aku bergerak ke blok D.

Tengah-tengah jalan tu, selisih dengan beberapa cikgu yang baru abis kelas. Senyum je la sambil-sambil lalu. Dua anak tangga sekali langkah nak bagi cepat sampai. Sampai je tingkat 3, mencari label kelas 2 wawasan.

Hah,padah. Masa selisih dengan cikgu lain tadi sombong sangat tak nak tanya kelas 2 wawasan kat mana, percaya sangat kat ingatan yang makin tua ni. Rupanya kelas tu kat tingkat 3 blok C. Berlari pulak turun tangga, panjat blok C pulak.

Dari jauh dah dengar kelas riuh rendah takde cikgu. Langkah je kaki masuk kelas,semua mata tertumpu pada aku seraya bersorak dan bertepuk tangan “Yeay!!! Cikgu Fadli”.

Serta merta hilang rasa penat turun naik tangga tadi bila dapat sambutan meriah.

Tahun lepas aku ajar kelas ni. Tahun ni tak. So, sesekali masuk relief memang dapat sorakan dan tepukan la. Sorak lebih-lebih ni nak ajak main teka teki dan dengar cerita la tu. Macam aku tak tahu. Hmmmm…

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930