Semakan rayuan matrikulasi 2025 kini dibuka! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pelajar lepasan SPM 2024 yang membuat rayuan boleh menyemak keputusan ambilan kedua Program Matrikulasi bermula:
📆 30 Jun 2025 (Isnin)
⏰ Mulai jam 10.00 pagi
🔗 Semakan boleh dibuat di laman rasmi: https://matrikulasi.moe.gov.my
Apa yang pelajar perlu lakukan jika mendapat tawaran?
Berikut adalah tindakan segera yang perlu diambil oleh calon yang berjaya dalam semakan rayuan matrikulasi 2025:
- ✅ Klik butang setuju terima tawaran mulai 30 Jun hingga 5 Julai 2025.
- 🌐 Daftar secara dalam talian mengikut arahan dalam surat tawaran masing-masing.
- 🏫 Daftar secara fizikal di kolej matrikulasi yang ditetapkan pada 6 dan 7 Julai 2025.
Semakan rayuan matrikulasi 2025 amat penting bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang sains, teknikal, atau profesional melalui laluan matrikulasi.
KPM turut menyeru agar pelajar bertindak segera bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. Tarikh akhir untuk klik setuju dan pendaftaran tidak boleh dilanjutkan. Semakan rayuan matrikulasi ini hanya boleh dibuat di laman web rasmi KPM sahaja.
Semoga semua pelajar lepasan SPM 2024 yang memohon rayuan berjaya ditawarkan tempat.
Terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas maklumat terkini berkaitan semakan rayuan matrikulasi 2025 ini. Semoga info ini membantu ramai pelajar dan ibu bapa membuat tindakan segera. Jangan lupa untuk berkongsi info ini dengan rakan-rakan yang lain.
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Sumber: KPM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W.P. Putrajaya, Malaysia
Telefon : 03-8000 8000
E-mel : 80008000@mygcc.gov.my
0 Comments