Kad Kata Kerja Bergambar Percuma untuk Pemulihan & Prasekolah

✨PERKONGSIAN BAHAN BANTU MENGAJAR: KAD KATA KERJA BERGAMBAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸

Hari ni saya nak kongsikan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang sangat menarik hasil olahan dan inspirasi lawatan benchmarking ke SK Bunut Payong 2024. Bahan ni telah dikongsikan oleh Safia Waheeda Amirudin untuk memudahkan guru-guru, ibu bapa, dan murid dalam pembelajaran bahasa.

Poster Kad Kata Kerja Bergambar untuk Pemulihan, Prasekolah dan Tahun 1 – bahan bantu mengajar percuma.

📒 Kad Kata Kerja (Gambar dan Perkataan)

Kad ini mengandungi 15 keping imej:

  • 14 kad bergambar (gambar + perkataan kata kerja).
  • 1 kad kosong template (untuk cikgu atau murid tambah sendiri perkataan lain).

Contoh kad kata kerja:

  • menguap 😪
  • mengikat 🎀
  • mengira ✍️
  • menghidu 🌸

🖼️ Contoh Kad Kata Kerja

Kad kata kerja menguap, mengikat, dan menghidu bergambar

🎲 Cadangan Aktiviti & Cara Guna

Kad ini boleh digunakan dengan pelbagai cara kreatif:

📍 Gunting & laminate kad, kemudian lekatkan pada batang aiskrim.
📍 Sediakan paip kertas tisu gulung sebagai stand untuk pacakkan batang aiskrim.
📍 Untuk lebih kemas, lekatkan tisu gulung pada kotak (contoh kotak tisu).
📍 Boleh juga guna velcro tape dot dan tampalkan kad pada kadbod.
📍 Murid boleh cabut, padankan, bina ayat, atau buat aksi berdasarkan kata kerja.

🏫 Contoh Penggunaan Sebenar

Ini antara contoh penggunaan di kelas – kad dipacak pada batang aiskrim dan disusun dalam bekas. Murid boleh cabut & padankan dengan suku kata atau gambar lain.

Contoh penggunaan kad kata kerja bergambar dalam kelas pemulihan – kad dilekat pada batang aiskrim dan disusun dalam bakul aktiviti murid.

🎯 Kesesuaian Murid

Kad ini sangat fleksibel dan boleh digunakan untuk pelbagai tahap murid:

Pra Sekolah (5–6 tahun) – sesuai untuk perkenalkan kata kerja asas melalui gambar & aksi.
Pemulihan Khas – membantu murid lemah membaca mengenal kata kerja dengan bantuan visual.
Tahun 1 – sesuai untuk murid tahap awal belajar membaca & mengenal imbuhan meN-.
⚠️ Tahun 2–3 – boleh digunakan sebagai ulangkaji atau aktiviti pengukuhan kosa kata.
Tahun 4 ke atas – kurang sesuai sebagai bahan utama, tetapi boleh dijadikan aktiviti sokongan.

📥 Muat Turun Bahan

Guru dan ibu bapa boleh terus muat turun fail PNG dan bahan lain melalui link yang dikongsi oleh Safia:

📥 Fail PNG + bahan pembelajaran lainTelegram Safia Waheeda

DOWNLOAD FILE PDF

📥📑 Klik Link untuk download kompilasi file dalam bentuk PDF

 

Kindly click on the image to initiate the slideshow manually, or if you want to view the full image:

Sila klik pada imej untuk memulakan tayangan slaid secara manual, atau jika anda ingin melihat imej penuh: 

✏️ Penutup

Alhamdulillah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua guru dan ibu bapa dalam usaha memudahkan pembelajaran anak-anak. Jangan lupa untuk save, share dan sebarkan agar lebih ramai dapat manfaat.

Kalau ada sebarang ralat, boleh terus PM atau inform pemilik bahan ya. Terima kasih kerana terus menyokong 🥰

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Sumber: Safia Waheeda Amirudin

Sumber: Safia Waheeda Amirudin

Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930