Nota Masa & Waktu (Percuma) oleh Cikgu Mohamad Hakim

Perkongsian Bahan Mengajar: Masa & Waktu (Percuma)

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada semua guru yang tidak jemu berkongsi ilmu. Kali ini, kami ingin kongsikan bahan ringkas dan padat tentang topik Masa & Waktu, hasil nukilan Cikgu Mohamad Hakim.

Nota ini sangat sesuai untuk kegunaan murid dan guru, terutamanya untuk ulang kaji atau sebagai panduan asas. Lebih menarik lagi, bahan ini boleh dimuat turun secara percuma untuk kegunaan semua.

Nota Masa & Waktu Percuma oleh Cikgu Mohamad Hakim dalam format PDF

Penerangan Bahan

Bahan ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

 

1. Sistem 12 Jam & 24 Jam

  • Ringkasan perbezaan antara kedua-dua sistem.
  • Panduan penggunaan a.m. dan p.m.
  • Penerangan format penulisan waktu dalam Sistem 24 Jam (menggunakan 4 digit).
Carta minda Nota Masa & Waktu Percuma oleh Cikgu Mohamad Hakim. Menerangkan sistem 12 jam & 24 jam serta contoh penukaran 2:45 a.m. = Jam 0245.

2. Penukaran Unit dan Waktu

  • Panduan asas penukaran unit masa:
    • 1 jam = 60 minit
    • 1 dekad = 10 tahun
    • 1 abad = 100 tahun
    • 1 alaf = 1000 tahun
  • Kaedah penukaran minit kepada jam dan minit.
    • Contoh: 170 minit = 2 jam 50 minit
  • Formula mudah untuk mengira Masa Mula, Masa Akhir, dan Tempoh Masa menggunakan konsep segi tiga.
Rajah Nota Masa & Waktu Percuma oleh Cikgu Mohamad Hakim. Membandingkan sistem 12 jam & 24 jam serta penukaran unit masa seperti jam, dekad, abad dan alaf.

3. Penukaran Sistem Waktu

  • Panduan langkah demi langkah menukar waktu daripada Sistem 12 Jam ke Sistem 24 Jam.
    • Contoh a.m.: 2:45 a.m. = Jam 0245
    • Contoh p.m.: 4:35 p.m. = Jam 1635 (tambah 12 jam)
  • Nota penting tentang penukaran 12:30 a.m. dan 12:15 p.m.
  • Panduan cara menyebut waktu dalam Sistem 24 Jam dengan betul.
    • Contoh: Jam 2205 disebut sebagai “Jam dua puluh dua sifar lima”.
Nota Masa & Waktu Percuma – contoh penukaran sistem 12 jam ke 24 jam. Menunjukkan 4:35 p.m. = Jam 1635 dan cara sebutan masa dalam jam digital.

Kesesuaian Umur & Cara Guna

📌 Kesesuaian Umur
Bahan ini sesuai digunakan oleh murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sekolah rendah. Namun, guru menengah rendah juga boleh memanfaatkannya sebagai asas ulang kaji.

📌 Cara Guna

  1. Guru boleh gunakan nota ini sebagai lembaran bantu mengajar (LBM) ketika PdPc.
  2. Ibu bapa boleh cetak bahan ini sebagai nota ulang kaji di rumah.
  3. Murid boleh rujuk sendiri untuk memahami konsep asas sebelum menjawab latihan atau soalan peperiksaan.

Muat Turun Bahan (Percuma)

📥 Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk muat turun nota lengkap Masa & Waktu (PDF) secara percuma:

DOWNLOAD FILE PDF

📥📑 Klik Link untuk download kompilasi file dalam bentuk PDF

 

Sila klik pada imej untuk memulakan tayangan slaid secara manual, atau jika anda ingin melihat imej penuh: 

    Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Mohamad Hakim atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga bahan percuma ini dapat membantu guru dan murid dalam proses PdP.

    🌟 Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan semua.

     

    NOTIS PENTING

    Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

    Sumber: Mohamad Hakim

    Sumber: Mohamad Hakim

    Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini

    modul-jawi
    word-search-puzzle

    MEMO BERKENAAN KOMEN

    Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *



    promo tahun 1-4
    Langgan Durioo Plus
    mfsbooks

    Kategori

    Arkib

    Kalendar

    September 2025
    M T W T F S S
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930