Cuba anda tukarkan 1km kepada ukuran sentimeter. Ambil timer, tengok berapa masa yang anda perlukan untuk selesaikan soalan ringkas ini.
Jika anda sendiri mengambil masa lebih 30 saat untuk menjawabnya, apatah lagi murid sekolah rendah yang lemah matematik. Malah, murid cemerlang juga adakalanya terkeliru dan cuai memberikan jawapan yang betul.
Bukan itu sahaja, murid juga tidak cukup masa ketika menjawab soalan dalam dewan peperiksaan. Mereka tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah dengan baik.
Ini masalah yang biasa murid hadapi. Bila nampak sahaja soalan berayat yang panjang, mereka keliru dan tertanam dalam fikiran mereka yang soalan penyelesaian masalah ini susah.
Ebook Masteri Ukuran adalah satu modul yang direka khas oleh Cikgu Mohamad Hakim untuk membantu murid tahun 4, 5 dan 6, menguasai Tajuk Panjang, Jisim dan Isipadu Cecair.
Tajuk yang sangat popular dalam peperiksaan. Murid akan didedahkan dengan kaedah menukar unit dengan pantas dan teknik-teknik yang sesuai untuk menyelesaikan soalan matematik terutamanya kertas 1.
Tajuk panjang, jisim dan isipadu cecair ini terkandung dalam silibus subjek Matematik dan Sains. Ebook ini akan membantu murid untuk skor kedua-dua subjek ini sekaligus.
Ia bermula dari kemahiran yang paling asas iaitu pengenalan kepada unit yang digunakan kemudian membaca alat pengukur hinggalah membantu murid untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
Bantu anak kuasai topik penting ini dengan mudah dan cepat.
#MFSEmpire #MasteriUkuran
0 Comments