Dunia hari ini, lidah lebih banyak membunuh hubungan dari mata pedang.

Dunia hari ini, lidah lebih banyak membunuh hubungan dari mata pedang.

Berhati-hati dengan apa yang kita ungkapkan terutama bila tengah bersedih atau marah. Airmata itu seketika. Marah macamana pun pasti akan reda.

Namun hati yang terguris dengan kata-kata, selamanya akan terluka.

lidah

Jika kita seorang anak, jaga kata-kata dengan ayah dan emak.

Jika kita seorang ayah atau ibu, jaga kata-kata dengan anak-anak.

Jika kita seorang suami atau isteri, jaga kata-kata kita dengan pasangan kita.

Jika kita majikan, jaga kata-kata dengan orang bawahan.

Jika kita mempunyai sanak saudara, jaga kata-kata dengan mereka.

Jika kita punya ramai kawan taulan, jaga kata-kata agar terus erat hubungan.

Dan jika kata sedar kita ini hamba dan selamanya hamba, jaga ‘kata-kata’ dengan Tuhan.

Kita mungkin berpangkat dan orang bawahan kita mungkin melakukan kesalahan, namun kata-kata dan teguran yang baik mampu membuatkan mereka rasa hormat dan segan.

Kita mungkin berilmu tinggi, namun ia bukan lesen untuk mencaci memaki.

Orang yang pandai menjaga lisan pasti dihormati kawan dan lawan.

Ia senjata yang mampu mengangkat darjat kita, juga mampu membuat kita jatuh ke jurang paling hina.

Tiada hormat untuk mereka yang tidak beradab. Tiada segan untuk mereka yang tidak bersopan.

Dan di media sosial ini, setiap patah perkataan yang kita tulis itulah menjadi kata-kata kita.

Hati-hati. Ia mampu merapatkan hubungan, ia juga mampu memisah dan melukakan.

Begitulah.

#MFS
– Sekali terlepas cakap, selamanya akan terpahat

NOTIS PENTING

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal tips / nasihat / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031