Model Pendidikan Prasekolah Malaysia
Model Pendidikan Prasekolah Malaysia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi penekanan terhadap usaha awal dalam pembentukan karakter murid melalui pendidikan prasekolah yang berkualiti.
Model ini menekankan kesamarataan akses kepada pendidikan prasekolah serta pemupukan nilai Malaysia MADANI bagi mencapai kesejahteraan dalam pendidikan manusiawi.
Usaha Memperkukuh Pendidikan Prasekolah
Inisiatif ini merupakan antara langkah strategik KPM dalam usaha memperkukuh dan memperkasa sistem pendidikan negara, khususnya pada peringkat awal kanak-kanak.
Melalui pendekatan ini, murid prasekolah akan dibentuk dengan asas yang kukuh dari segi:
- Literasi dan numerasi
- Pembangunan sahsiah dan nilai murni
- Perkembangan seimbang (jasmani, emosi, rohani dan intelek)
[Klik pada imej untuk besarkan]
Tahniah Sekolah Terpilih
Tahniah diucapkan kepada semua sekolah dan institusi yang telah terpilih sebagai Model Pendidikan Prasekolah Malaysia di bawah inisiatif KPM.
Pemilihan ini mencerminkan komitmen tinggi dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan kondusif untuk kanak-kanak.
[Klik pada imej untuk besarkan]
Ke Arah Pendidikan Lebih Berkualiti
Model ini turut menekankan aspek penting seperti:
- Akses pendidikan yang inklusif
- Kualiti kurikulum dan pengajaran
- Profesionalisme guru
- Penglibatan ibu bapa dan komuniti
- Penggunaan teknologi dan inovasi
Langkah ini diharap dapat melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan bersedia menghadapi cabaran dunia pendidikan.
“Tahun Ini, Tahun Kita.”
#7TerasKPM
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: KPM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W.P. Putrajaya, Malaysia
Telefon : 03-8000 8000
E-mel : 80008000@mygcc.gov.my




















0 Comments