PENGAMBILAN MURID BAHARU TINGKATAN 1 SESI 2026 SMA MAIWP & SMISTA
Pengenalan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini membuka peluang kepada pelajar Tahun 6 yang berminat melanjutkan pelajaran di sekolah agama unggul di bawah kelolaan MAIWP bagi sesi persekolahan Tingkatan 1 tahun 2026.
Permohonan dibuka sepenuhnya secara atas talian bermula 1 November hingga 23 November 2025 melalui laman rasmi www.maiwp.gov.my.
Maklumat Sekolah di Bawah MAIWP
Tiga institusi pendidikan menengah agama ini menawarkan kurikulum bersepadu berteraskan ilmu agama, akademik dan hafazan, bagi melahirkan pelajar seimbang dunia dan akhirat.
🏫 1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP-KL)
🏫 2. Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan (SMA-MAIWP-Labuan)
➡️ Kedua-duanya melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang menumpukan aspek agama, bahasa Arab dan ilmu asas syariah.
GAMBAR: Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP).
Kredit gambar: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
🏫 3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
➡️ Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang menggabungkan pengajian akademik dan hafazan Al-Quran secara menyeluruh.
GAMBAR: Perhimpunan Mingguan Rasmi SMISTA MAIWP.
Kredit gambar: Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
Tarikh Permohonan
📅 Dibuka: 1 November 2025
📅 Ditutup: 23 November 2025
Semua permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi MAIWP di pautan berikut:
👉 https://www.maiwp.gov.my
[Klik pada imej untuk besarkan]
Kenapa Pilih Sekolah di Bawah MAIWP?
✅ Kurikulum bersepadu agama dan akademik
✅ Persekitaran pembelajaran berdisiplin dan berintegriti
✅ Penekanan terhadap hafazan, akhlak, serta kecemerlangan pelajar
✅ Kemudahan lengkap serta bimbingan tenaga pendidik berkualiti
GAMBAR: Khatam Hafazan Al – Quran 30 Juzuk Adam Azraie Bin Azrul Afenddy
Kredit gambar: Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
Para ibu bapa digalakkan untuk membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir. Pastikan semua dokumen disediakan mengikut panduan di laman rasmi MAIWP.
Cara Pendaftaran
1. Pergi ke laman www.maiwp.gov.my
2. Klik pada menu, lihat menu Pendidikan dan pilih sub menu
3. Klik kolumn SEMAKAN PENDAFTARAN/STATUS PENDAFTARAN PELAJAR
4. Anda akan tiba di laman SISTEM PENGURUSAN MAIWP. Pilh menu Pendaftaran Pelajar.
5. Klik sila pilih sekolah dan masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau passport dan klik SEMAKAN
6. Jika belum didaftarkan, akan keluar status:
Maaf. Carian No KP/No. Passport ‘123456789’ tidak ditemui. Pastikan KP tiada space atau ‘-‘.
Jika ingin mendaftar sila tekan DAFTAR. Klik pada butang DAFTAR DI SINI
Semoga peluang kemasukan ini menjadi permulaan perjalanan pendidikan cemerlang buat anak-anak yang ingin mendalami ilmu agama dan sains secara seimbang.
Sebarkan makluman penting ini agar lebih ramai pelajar Tahun 6 berpeluang mendapat manfaat daripada pendidikan berkualiti di bawah MAIWP.
NOTIS PENTING
Pertanyaan lanjut mengenai informasi
- Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada sumber asal bahan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang response / jawapan dari admin adalah pendapat/saranan peribadi dan bukan jawapan dari pentadbir / pegawai / pic info berkenaan.
- Kemaskini / keputusan untuk permohonan juga harus merujuk kepada sumber asal bahan.

Sumber Bahan: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Facebook: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Instagram: MAIWP HQ
Tiktok: MAIWP@TikTok
Thread: https://www.threads.com/@hqmaiwp
Twitter: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Youtube: https://www.youtube.com/MAIWPTV
Email: promaiwp@maiwp.gov.my
Website: https://www.maiwp.gov.my
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
(MAIWP)
Menara MAIWP, No. 55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur
+603-2639 9000
+603-2639 9900


























0 Comments