Tawaran Pengawas Sukarelawan STPM 2025/2026 (MPM)

Tawaran Sebagai Pengawas Sukarelawan Peperiksaan STPM Tahun 2025/2026 (MPM)

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mempelawa individu yang layak untuk menyertai Skim Pengawas Sukarelawan Peperiksaan STPM bagi tahun 2025/2026. Kepada yang berminat menyumbang tenaga dalam memastikan kelancaran peperiksaan STPM di seluruh negara, permohonan kini dibuka.

🔗 Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:
👉 https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/

Poster maklumat tawaran pengawas sukarelawan peperiksaan STPM 2025/2026 oleh MPM dengan ilustrasi sekolah, bilik peperiksaan dan bahan peperiksaan

Tawaran Terbuka Kepada:

Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
Pelajar IPTA/IPTS, lepasan IPTA/IPTS, Asasi atau Matrikulasi
Pelajar dan lepasan IPG
Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) kerajaan negeri/sekolah swasta/serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) / Pekerja Kontrak Kerajaan
Kakitangan bukan kerajaan, pesara kerajaan dan pesara swasta

🔗 Mohon segera di pautan berikut:
👉 https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/

Syarat Lantikan:

● Warganegara Malaysia
● Tidak menduduki peperiksaan semasa bertugas
● Berumur 19–65 tahun
● Mempunyai kelulusan minimum SPM atau setaraf
● Sihat tubuh badan, tiada penyakit kronik
● Mampu memberi komitmen sepenuhnya dan mematuhi arahan
● Keutamaan kepada pesara yang memiliki pengesahan kesihatan
● Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu
● Lantikan adalah khusus untuk tugas pengawasan peperiksaan sahaja
● Pelantikan tertakluk kepada kekosongan jawatan serta kelulusan pihak MPM

Tarikh Penting:

📅 Tarikh Permohonan:
14 November 2025 – 30 November 2025

📅 Tarikh & Masa Bertugas:
20 Januari – 26 Februari 2026
(Berdasarkan jadual waktu peperiksaan STPM)

Poster rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia mengenai tawaran pengawas sukarelawan peperiksaan STPM 2025/2026 termasuk syarat, tarikh permohonan dan kadar bayaran.

[Klik pada imej untuk besarkan]

Kadar Bayaran:

💰 Kadar Bayaran Ikhtisas: RM100.00 bagi keseluruhanb tempoh sesi peperiksaan yang berkenaan.
(MAKLUMAT INI TELAH DIKEMASKINI MENGIKUT POSTER TERBARU MPM)

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sila hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP), JPN di negeri yang dinyatakan dalam permohonan.

📌 Direktori penuh SPP, JPN boleh diperoleh di:
👉 https://direktori.moe.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031