Peperiksaan muzik antarabangsa semakin hampir! Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan Peperiksaan ABRSM Amali Sesi 3 Tahun 2025 yang akan berlangsung dari 2 November hingga 11 Disember 2025. Peperiksaan ini melibatkan calon dari Gred 1 hingga Gred 8 dan diadakan di empat pusat peperiksaan di seluruh negara. Berikut adalah maklumat lengkap untuk rujukan calon, ibu bapa dan guru.
Butiran Peperiksaan
- Nama Penuh: Peperiksaan The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) Amali Sesi 3 Tahun 2025
- Tarikh: 2 November 2025 – 11 Disember 2025
- Masa: 8.30 pagi – 4.35 petang
[Iklan / Advertisement]
Lokasi dan Jumlah Pusat Peperiksaan
- Jumlah Pusat Peperiksaan: 4 buah pusat peperiksaan
- Negeri Terlibat:
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Johor
[Klik pada imej untuk besarkan]
Statistik Penglibatan
- Jumlah Calon (Gred 1 – 8): 2,682 orang
- Jumlah Pemeriksa Lantikan ABRSM: 6 orang (warganegara British)
- Jumlah Petugas Peperiksaan: 11 orang, dilantik oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) bagi memastikan kelancaran peperiksaan.
Lembaga Peperiksaan mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan ABRSM Amali Sesi 3 Tahun 2025. Semoga semua calon dapat memberikan yang terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: Lembaga Peperiksaan KPM
Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini
Email: khidmatbantu.lp@moe.gov.my
Website: lp.moe.gov.my
Facebook: Lembaga Peperiksaan Rasmi
Instagram: Lembaga Peperiksaan Rasmi
LEMBAGA PEPERIKSAAN
ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA.
+60388843785/3787


















0 Comments