Membuat Karangan Bahasa Melayu dengan Peta Minda

Membuat Karangan Bahasa Melayu dengan Peta Minda

 

Harini kami nak kongsi tip menulis karangan menggunakan Peta Minda. Terima kasih Cikgu Siti Noor Sarah atas perkongsian ini ya. Jom kita baca tip yang Cikgu Siti berikan ini.

Selalu bila kita suruh student buat karangan mesti diorang rasa malas dan susah nak fikir isi- isi penting dalam karangankan. Ini saya kongsikan peta minda kata tanya. Ada pelbagai corak bagi menarik minat anak murid untuk belajar dan ia sesuai digunakan untuk membuat karangan. Ia memudahkan anak murid mencari isi-isi mengunakan peta minda kata tanya .Ini contoh saya bagi :

Topik : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.

1. Mengapa perlu kita menjaga kesihatan?
– supaya kita kekal sihat dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa halangan.

2. Apa aktiviti yang perlu di lakukan untuk menjaga kesihatan kita.
– bersenam – menjaga permakanan – menjaga kebersihan diri

3. Bila waktu sesuai kita bersenam.
– senaman seeloknya dilakukan seminggu 2 kali.

4. Berapa minit untuk bersenam.
– kira-kira 30 minit bagi setiap sesi.

5. Bagaimana kuantiti makanan seimbang.
– mengikut sumber piramid makanan seimbang. – elakkan makanan kolestrol tinggi dan makanan manis berlebihan.

6. Sesiapa saja perlu menjaga kesihatan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. kerana kesihatan yang baik dapat memberi kecergasan minda, menguatkan otot dan mengelakkan dari penyakit.

7. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan aktiviti bersenam.

 

peta-minda-karangan-bahasa-melayu-1
peta-minda-karangan-bahasa-melayu-2
peta-minda-karangan-bahasa-melayu-3
peta-minda-karangan-bahasa-melayu-4

File Peta Minda Karangan

Bagi yang ingin download pdf file boleh klik butang di bawah ya.

Wah, lebih mudah bila kita buat peta minda begini untuk menulis karangan kan? Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua pembaca Cikgu Fadli Online.

Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire

Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.

Lihat Koleksi Ebook Whatsapp Sales Team

Translate ยป