10 perkara kita JANGAN MALU :
- JANGAN MALU hidup seperti orang biasa asalkan kewangan stabil simpanan ada. Sebaliknya malulah jika kelihatan kaya tapi hutang sini sana.
- JANGAN MALU suka bertanya untuk dapatkan ilmu. Sebaliknya malulah jika diam walau tidak faham.
- JANGAN MALU mengungkapkan kebenaran walau tidak diterima ramai. Sebaliknya malulah jika sanggup menipu untuk menjaga hati dan mendapat puji.
- JANGAN MALU mengalah dan memohon maaf walau kita dipihak yang betul. Sebaliknya malulah jika terus ego dan berkeras hingga menimbulkan perbalahan.
- JANGAN MALU merendah diri di depan orang bawahan. Sebaliknya malulah jika bongkak dan sombong walau tidak berjawatan.
- JANGAN MALU berkawan dengan sesiapa sahaja waima tukang sapu yang tidak berkelulusan. Sebaliknya malulah jika memilih untuk mendekat dengan orang yang kaya dan berdarjat sahaja.
- JANGAN MALU menahan sabar dan amarah walau dihina dan dipersenda. Sebaliknya malulah jika melenting atas hal yang kecil sahaja.
- JANGAN MALU memimpin tangan ayah bonda yang sudah tua. Sebaliknya malulah jika mula melupakan jasa mereka.
- JANGAN MALU mendengar pandangan walau dari orang yang rendah darjat dan pangkat. Sebaliknya malulah jika memandang rendah pandangan orang hanya kerana pangkat kita lebih tinggi.
- JANGAN MALU duduk makan, borak dan bercerita bersama fakir miskin dan gelandangan. Sebaliknya malulah jika tidak membantu dan menghulur sumbangan
#MFS
– Sekadar ber’jangan-jangan’ –
.
NOTIS PENTING
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal tips / nasihat / maklumat.
Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments