Program Dermasiswa B40 (DB40) 2026 Dibuka. Cara Mohon & Syarat

Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) 2026 Dibuka! Semak Syarat & Cara Mohon

Berita baik kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga B40. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membuka Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 bagi membantu pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke peringkat diploma.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian di institusi pendidikan terpilih dalam negara.

Poster tidak rasmi Program Dermasiswa B40 2026 untuk lepasan SPM 2025 dengan ilustrasi pelajar chibi

📅 Tarikh Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) 2026

Permohonan dibuka seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh buka: 3 Ogos 2026 (Isnin)
  • Masa: 2.00 petang
  • Tarikh tutup: 16 Ogos 2026 (Ahad)
  • Masa: 5.00 petang

🌐 Portal Permohonan:
https://penajaan.jpa.gov.my

Poster persediaan awal UASA menggunakan nota ringkas dan latihan soalan untuk bantu anak lebih yakin belajar dari sekarang bagi Tahun 1–6 dan Tingkatan 1–3.

[Iklan / Advertisement]

🎓 Apakah Program Dermasiswa B40 (DB40)?

Program Dermasiswa B40 (DB40) merupakan penajaan berbentuk dermasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2025 daripada keluarga kategori B40 bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di institusi berikut:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • TVETMARA
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih
Poster Program Dermasiswa B40 DB40 2026 memaparkan tarikh permohonan dan portal rasmi JPA

[Klik pada imej untuk besarkan]

📚 Bidang Pengajian Ditawarkan

Antara bidang pengajian yang layak dipohon ialah:

  • Kejuruteraan dan Teknologi
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Sains Sosial dan Sastera
  • Sains
  • Seni Bina
Maklumat bidang pengajian Program Dermasiswa B40 DB40 Tahun 2026 untuk lepasan SPM

[Klik pada imej untuk besarkan]

✅ Syarat Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bebas daripada penyakit kronik, penyakit berjangkit atau penyakit yang memerlukan rawatan susulan serta berupaya mengikuti pengajian.
  3. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama di sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau sebagai calon persendirian.
  5. Berumur belum mencapai 19 tahun atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember 2025.
  6. Pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40 iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah.
Syarat permohonan Program Dermasiswa B40 DB40 Tahun 2026 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

[Iklan / Advertisement]

⚠️ Peringatan Penting

Ibu bapa, penjaga atau pemohon tidak boleh disenarai hitam oleh JPA atau sedang dikenakan tindakan undang-undang oleh JPA.

Semakan status senarai hitam pinjaman JPA boleh dibuat mulai:

3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 12 Ogos 2026 (Rabu)

melalui sistem:

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php

Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Peringatan dan semakan status senarai hitam JPA bagi pemohon Program Dermasiswa B40 DB40 2026

[Klik pada imej untuk besarkan]

☎️ Maklumat Pertanyaan

Bagi sebarang pertanyaan sepanjang tempoh permohonan, anda boleh menghubungi:

📞 03-8000 8000

📧 dermasiswa2026@jpa.gov.my

🕘 Waktu Operasi Pusat Panggilan

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi hingga 4.30 petang

Waktu Rehat

  • Isnin hingga Khamis: 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang
Nota kafa Pesan Abi

[Iklan / Advertisement]

Penafian

Artikel ini disediakan sebagai perkongsian maklumat berdasarkan hebahan rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat terkini, syarat lengkap dan sebarang perubahan, sila rujuk portal rasmi JPA.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber Bahan: Jabatan Perkhidmatan Awam

Sumber Bahan: Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Facebook: Jabatan Perkhidmatan Awam

Email: komunikasi@jpa.gov.my

Web: jpa.gov.my

Alamat: Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, Malaysia

modul-jawi
word-search-puzzle
cikgu-hakim
tudung si comel

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

August 2026
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31