Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) 2026 Dibuka! Semak Syarat & Cara Mohon
Berita baik kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga B40. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membuka Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 bagi membantu pelajar yang layak melanjutkan pengajian ke peringkat diploma.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian di institusi pendidikan terpilih dalam negara.
📅 Tarikh Permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) 2026
Permohonan dibuka seperti ketetapan berikut:
- Tarikh buka: 3 Ogos 2026 (Isnin)
- Masa: 2.00 petang
- Tarikh tutup: 16 Ogos 2026 (Ahad)
- Masa: 5.00 petang
🌐 Portal Permohonan:
https://penajaan.jpa.gov.my
[Iklan / Advertisement]
🎓 Apakah Program Dermasiswa B40 (DB40)?
Program Dermasiswa B40 (DB40) merupakan penajaan berbentuk dermasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2025 daripada keluarga kategori B40 bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di institusi berikut:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- TVETMARA
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih
[Klik pada imej untuk besarkan]
📚 Bidang Pengajian Ditawarkan
Antara bidang pengajian yang layak dipohon ialah:
- Kejuruteraan dan Teknologi
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
- Sains Sosial dan Sastera
- Sains
- Seni Bina
[Klik pada imej untuk besarkan]
✅ Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bebas daripada penyakit kronik, penyakit berjangkit atau penyakit yang memerlukan rawatan susulan serta berupaya mengikuti pengajian.
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama di sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau sebagai calon persendirian.
- Berumur belum mencapai 19 tahun atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember 2025.
- Pendapatan per kapita keluarga dalam kategori B40 iaitu RM5,249 sebulan dan ke bawah.
[Iklan / Advertisement]
⚠️ Peringatan Penting
Ibu bapa, penjaga atau pemohon tidak boleh disenarai hitam oleh JPA atau sedang dikenakan tindakan undang-undang oleh JPA.
Semakan status senarai hitam pinjaman JPA boleh dibuat mulai:
3 Ogos 2026 (Isnin) hingga 12 Ogos 2026 (Rabu)
melalui sistem:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/tunggakanindividu.php
Permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
[Klik pada imej untuk besarkan]
☎️ Maklumat Pertanyaan
Bagi sebarang pertanyaan sepanjang tempoh permohonan, anda boleh menghubungi:
📞 03-8000 8000
🕘 Waktu Operasi Pusat Panggilan
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi hingga 4.30 petang
Waktu Rehat
- Isnin hingga Khamis: 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang
- Jumaat: 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang
[Iklan / Advertisement]
Penafian
Artikel ini disediakan sebagai perkongsian maklumat berdasarkan hebahan rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk maklumat terkini, syarat lengkap dan sebarang perubahan, sila rujuk portal rasmi JPA.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber Bahan: Jabatan Perkhidmatan Awam
Facebook: Jabatan Perkhidmatan Awam
Email: komunikasi@jpa.gov.my
Web: jpa.gov.my
Alamat: Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, Malaysia
























0 Comments