Allah. Dua minggu lagi. 😢
Ramai orang susah sungguh sekarang. Kelmarin seorang ibu dari Klang call saya lepas Subuh lagi.
Menangis teruk dia. Sungguh-sungguh menangis. Duit langsung tak ada, nak beli susu anak pun tak ada duit. Hutang keliling pinggang. Sewa rumah tak berbayar.
Dia jatuh teruk akibat PKP tahun lepas. Cuba bangkit tahun ni, namun semua modal dan simpanan licin dah guna tahun lepas.
Nak tak nak, jalan terakhir adalah pinjam Along. Pinjam 10k untuk mula bisnes balik. Kemudian datang PKP demi PKP, darurat dan Lockdown. Terduduk terus dan Along datang mengancam.
Pemilik rumah sewa minta duit, hutang dengan kawan-kawan dan sanak saudara lagi. Bil-bil lagi. Anak dah tak ada pampers, nak makan lagi.
Dia luah kat saya dalam tangisan paling hiba pernah saya dengar,
“Cikgu. Saya tak tahu nak buat apa dah. Tak tahu nak pergi mana. Nak mengadu kat siapa. Tak tahu nak buat apa. Saya rasa nak bunuh diri sahaja”.
Anaknya 3 orang. Suami pun hampir hilang kewarasan dok fikir masalah yang menimpa-nimpa.
Kerajaan. Tolonglah lakukan sesuatu.
Sesungguhnya ramai rakyat sedang menderita.
First time aku merayu kat kerajaan ni. Bukan untuk aku, namun untuk mereka yang sangat-sangat terkesan.
Tolong buat satu channel bantuan segera. Buka talian hotline untuk orang luah masalah dan ada team terus turun siasat dilapangan.
Yang mana ada kes along, wakilkan tentera bawa m16 ke pergi deal dengan along jangan kacau peminjam buat sementara waktu.
Rendahkan interest dan biar tidak tertindak.
Benda ni boleh buat jika ada kuasa. Jika kuasa kat tangan aku, aku buat begitu.
1. Nombor hotline untuk orang luah masalah. Ramai tertekan. Letak sukarelawan or kaunselor jawab. Talian biar banyak. Jangan call asyik kena tunggu berjam.
2. Team penjejak di setiap daerah. Laporan yang diterima team terus pergi ziarah dan siasat kes. Boleh bekerjasama dengan pusat zakat setiap negeri untuk bagi bantuan segera.
3. Team penguasa. Polis banyak sangat dah tugas. Askar pun aku yakin banyak tugas mereka. Namun rasanya masih boleh turun bantu turun deal dengan along sebab kes along tidak la terlampau banyak. Turun dengan seragam penuh naik truck tentera, mana berani along kacau dah. Kacau juga memang nahas lah.
4. Bagi moratorium automatik pada semua.
Gitu la kalau ikut otak rakyat biasa yang tak ada Phd tak ada pangkat ni. Mungkin idea nampak biasa, tapi aku percaya ianya memberi impak besar.
Tolonglah lakukan sesuatu wahai kerajaan.
Rakyat susah. Susah sungguh ni. 😢
#MFS
0 Comments