Kata Ganti Nama الضَّمَائر
Sumber /Oleh: Ustazah Nisa’ Jauri Subjek / Mata Pelajaran: Pendidikan Agama Islam Tahun / Tingkatan: Kelas Umum
Alhamdulillah. Aktiviti PDPR kita hari ini, ulangkaji bab Kata Ganti Nama.
Kalau tak ulang memang boleh lupa. Dan itu yang merisaukan ustazahnya 😅. Ya, nampak macam mudah kan, tapi perlu pengulangan dan latihan
Ini Kata Ganti Nama + Isim (kata nama).
Paling PENTING, kena tahu kalau keadaannya #mufrad atau #muthanna atau #jamak, bagaimana bentuk perkataan selepasnya 📌
Mufrad (satu) lelaki – tiada huruf ة
Mufrad (satu) perempuan – ada huruf ة
Muthanna (2) lelaki – ada tambahan huruf ان
Muthanna (2) perempuan – ada huruf تان
Jamak (ramai) lelaki – tambahan huruf ون
Jamak (ramai) perempuan – tambahan huruf ات
Video penerangan di sini : https://youtu.be/uvlru2z1254
Semoga membantu ulangkaji. #notaupkkbonda
T.me/bahasaarabupkkbondalutfi
Klik pada imej untuk mulakan slide atau lihat imej penuh.
DOWNLOAD FILE PDF
Boleh download kompilasi imej dalam bentuk PDF di bawah ya:
terima kasih sangat membantu !
Admin: Alhamdulillah, Sama sama kembali 😊