“Cikgu! Rotan saya”, dari jauh seorang murid lelaki menjerit.
Aku mendekati lantas bertanya,
“Kenapa pula cikgu perlu rotan awak? Awak buat salah apa?”
“Kan hari tu cikgu dah bagi amaran. Kalau saya buat orang lagi, cikgu nak rotan. Petang semalam sebelum balik saya tarik kerusi Andy (bukan nama sebenar) sampai dia jatuh. Dia menangis. Saya dah salam dan minta maaf dah”.
Fuh. Jujur budak ni. Satu sikap yang dah mulai hilang dalam diri masyarakat ada pada dia. Namun dia agak nakal. Selalu juga aku dapat report dia suka kacau orang.
Dua minggu lepas ada aduan tentang dia. Aku panggil dia dan mangsa. Panggil saksi semua. Dan dia mengaku dia buat kawan dia.
So aku bagi amaran keras,
“Ni amaran lisan terakhir dari cikgu. Sekali lagi awak buat orang, buli kawan, cikgu akan rotan. Faham?”
“Faham cikgu”.
“Bagus kalau faham. Dah, salam dengan kawan. Minta maaf”.
Dia patuh turuti arahan aku.
Rupanya setiap patah perkataan yang aku sebut memang dia semat dalam kepala. Semalam entah kenapa tiba-tiba dia nak bergurau tak kena tempat. Sampai menangis kawan tu.
Sebelum aku dapat laporan dan cari dia, dia dulu cari aku. Haha.
Aku suruh dia ikut aku ke meja aku. Tegak dia berdiri depan aku,
“Hulur tangan”.
“Piappp!”
Sedas rotan melayang atas tapak tangannya. Muka sedikit berkerut menahan perit.
“Sakit?” soalku.
Kepala digeleng. Haha, steady anak jantan. Mana boleh mengaku sakit, jatuh la maruah.
“Lain kali jangan buat lagi okeh”.
“Baik cikgu”.
“Tapi cikgu puji betul sikap jujur dan berani awak. Meh sini, cikgu nak belanja air Yakult. Nak tak?”
Kepala dianggukkan. Dia tersengih-sengih kena puji.
Aku pergi kat peti ais, ambil sebotol air Yakult bagi kat dia.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih”.
Terus dia berlari balik ke kelas. Dari jauh aku menjerit,
“Jangan berlariiiiii. Jatuh nantiiiii!”
Terus berjalan dia. Haha. Patuh betul. Baik budaknya ni. InsyaAllah membesar menjadi insan berguna yang amanah dan jujur. Sesuai jadi pemimpin, polis atau apa saja orang amanah dan jujur ni.
Esok-esok kau dah jadi Menteri ke apa, harap ingat lagilah kat cikgu. Kau buat-buat lupa, cikgu pergi rotan lagi kau. Tak peduli ah kau Menteri ke Perdana Menteri masa tu. Kau tetap murid cikgu selamanya.
Kadang, bertegas dan berkeras kena ada. Hukuman juga perlu. Setiap amaran dan kata-kata, mesti dikota. Nanti orang akan pandang rendah dan anggap kita tak berpegang pada kata-kata.
Sebab tu aku rotan juga dia. Biar dia tahu aku memang serius dengan isu buli. Aku memang akan buat apa yang aku kata.
Dia hormati aku kerana aku pegang janji aku. Dan aku kagum dengan dia kerana jujur dalam kata-kata.
Hukum, hukum juga. Selepas menghukum itu perlu tunjuk kita hukum bukan kerana benci dia. Tapi kerana ingin lihat dia jadi lebih baik.
Begitulah.
Rotan beli sini : https://shope.ee/6f4zfqxaWg
Air Yakult beli sini : https://shope.ee/10QcvTIhFK
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
T.me/EbookCikguFadli
0 Comments