Ramai juga pm dan bertanya saya, apa keputusan lepas KPM meeting dengan Lembaga Tatatertib.
Saya pun tak tahu apa keputusannya. Tapi dalam Metro kata, keputusan adalah sulit.
Apa pun keputusannya, cuma satu harapan saya, ada perubahan dalam KPM. Tak kisah la siapa menjadi kerajaan lepas ni, tolong ambil berat isu pendidikan.
Tolong jangan politikkan pendidikan. Biar tangan yang ada ilmu, ahli akademik tentukan hala tuju pendidikan negara.
Pendidikan perlu dipegang oleh tangan mereka yang cermat, teliti dan berilmu.
Kerana pendidikan adalah nadi sesuatu bangsa dan negara. Siapa kita pada masa akan datang, di mana negara kita pada masa depan ditentukan oleh pendidikan hari ini.
Anak-anak kecil yang sedang memikul beg sekolah pada hari ini adalah bakal pemimpin yang bakal memacu negara di suatu masa.
Begitulah.
0 Comments