Kadangkala kalian melihat aku menulis sesuatu nasihat macam tulis secara umum. Untuk orang ramai-ramai baca dan ambil manfaat.
Namun ada sesetengah tulisan nasihat, aku tulis memang tuju khas buat diri aku. Agar jadi pedoman. Agar jadi panduan. Agar tak terlalai.
Dan agar saat alpa, aku terbaca tulisan aku sendiri dalam menasihati, dan aku akan malu kepada diri sendiri.
Kawan-kawan. Bila ada yang menulis yang baik-baik, bukan bermaksud dia tu baik sangat sampai nak nasihat semua orang.
Kadang-kadang tulisan itu dituju khas buat tubuh badan sendiri sebagai peringatan. Dan jika-jika ada yang terbaca dapat manfaat pula, dapatlah dia sedikit ganjaran pahala kerana berkongsi nasihat yang baik.
Begitulah.
Selamat pagi Malaysia!
#MFS
0 Comments