Jom Kenali Kak Dzuriasikim Dzulkefli

Ok seperti yang dijanjikan aku nak cerita tentang seorang kawan aku ni. Kak Dzuriasikim Dzulkefli. Siapa kenal?

Mungkin follower baru aku belum kenal dengan Kak Zue. Kak Zue ni ibu berdikari dengan anak 5 orang. Kak Zue pangkat kakak dengan aku.

dzuriasikim dzulkefli

Aku suka betul baca perkongsian dia. Pernah dia berkongsi zaman kejatuhan, zaman susah payah sampai nak beli susu dengan pampers anak pun duit tak cukup.

Dikumpulnya duit syiling untuk beli susu. Dokong anak kecil, pimpin tangan yang lain, berjalan ke kedai. Sampai di kedai, dia betul-betul dapat beli susu anak je. Nak beli gula-gula untuk anak pun tak cukup dah duit.

Dia menjual tepi jalan untuk besarkan anak. Angkut barang siang malam. Kena kata dek orang tak payah cerita lah.

Kak Zue sabar tempuhi ujian. 10 tahun berlalu dengan cepat. Aku kenal Kak Zue masa dia dah senang. Tapi aku baca kisah Kak Zue ni dari perkongsian dia kat Fb dan Telegram dia.

Baru-baru ni Kak Zue bawak anak-anak pergi umrah. Kata Kak Zue itu impian dia dah lama. MasyaAllah. Hebat kan?

Hari-hari dia menulis. Tulisannya banyak memberikan motivasi untuk wanita. Sebab dia tak mahu wanita putus asa dalam hidup.

Dia menulis dengan bahasa yang mudah difahami. Bahasa santai yang sampai ke jiwa. Sebab kata Kak Zue, dia menulis untuk semua wanita.

Aku yang lelaki ni pun boleh ambil ikhtibar dari perkongsian dia. Tulisan Kak Zue kerap tular dan dikongsikan di majalah online, Page dan kerap juga kak Zue masuk program TV wanita.

Kak Zue kata, dulu dia nak masuk kelas untuk cari ilmu tapi dia tak mampu nak bayar yuran.

Sekarang Kak Zue ada buat kelas bimbingan khusus untuk wanita yang betul-betul nak belajar untuk bangkit. Yang sesang jatuh, yang sedang down, yang sedang kecewa. Kalau tulisan umum dekat wall dia dah power, apalagi tulisan dalam Group coaching online dia lagi deep. Terus sampai ke hati! Korang pergilah baca.

Siapa yang nak masuk ke Group bimbingan Kak Zue, korang contact dia ya. Intai-intai wall dia juga. Pasti ramai akan tersuka dan follow beliau.

Okeh. Tu ja nak share malam ni.

#FollowingThursday
#MFS

[ Mohd Fadli Salleh ]

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

October 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031