Murid ni nakal ya ampunnnn

nakal

Murid ni nakal ya ampunnnn. Hampir setiap hari ada je aduan. Kacau orang tu, kacau orang ni. Kerja tak siap, buat bising dan sebagainya.

Hampir setiap hari cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengadu kat aku sebagai guru disiplin. Belajar cukup slow. Hampir setiap hari kena marah, kena denda, kena rotan.

Tapi yang indahnya, murid ini jugalah murid paling rajin tolong cikgu. Rajin sapa cikgu. Dengan senyuman dibibir, pimpin tangan cikgu, bantu bawakan apa jua barang.

Dia langsung tak boleh lihat cikgu-cikgu pegang barang. Dia nampak je, berlari menuju kat cikgu,

“Cikgu. Biar saya tolong. Biar saya bawakan”.

Cikgu tolak pun dia ‘paksa’ lagi nak tolong cikgu punya hal.

Beginilah anak-anak kita. Kadang kurang kat situ, lebih kat sini.

Dia mungkin sedikit nakal. Dan sedikit perlahan dalam belajar.

Namun dalam bab adab dengan guru. Bab suka bantu orang, dia nombor satu.

Semoga anak ini membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat. Amin.

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031