Masa aku duduk rehat seketika menunggu kelas, pintu bilik guru dibuka.

tudung-si-comel
pentagonmath

duduk-rehat-seketika

Masa aku duduk rehat seketika menunggu kelas, pintu bilik guru dibuka.

“Eh Cikgu Fadli! Cikgu!!! Saya rindu cikgu!”

Datang budak-budak ni terus peluk.

“Dah, pergi jauh. Kau orang dah la berpeluh. Busuk lah,” balasku bergurau.

“Ala cikgu ni.”

Makin rapat mereka peluk. Habis masam dengan aku sekali. Geram betul. Sorang-sorang datang bersalam sambil mengucup tanganku. Setiap mereka aku usap kepala, ‘moga-moga menjadi anak yang berjasa’, doaku dalam hati.

Ni pelajar Tingkatan Satu dah. Mereka sekolah sesi petang. Pagi tadi ada latihan hoki kat sekolah menengah mereka, habis latihan mereka singgah kat sekolah aku mencari cikgu-cikgu mereka.

Dengan bau masam, badan berpeluh-peluh mereka temui aku. Dah tu peluk pula. 🤦‍♂️

Oh ya, mereka ni murid kelas hujung. Belajarnya kurang pandai. Tahun lepas aku ajar mereka masa mereka di tahun enam.

Kena jerkah, kena marah, kena rotan, kena smack down, kena kejar. Macam-macam lagi mereka kena dengan aku.

Punya la gigih nak bagi mereka rajin belajar. Sampai ke rumah mereka aku pergi cari jika tak hadir lebih 2 hari. Haha, kenangan betul.

Ingatkan selalu sangat kena balun dengan aku, mereka ni akan membenci. Rupanya tidak. Bahkan mereka mencari.

Dua dari empat murid ini lulus Matematik. Dua lagi gagal. Yang lulus tu pun markah asal mereka kurang dari 10% masa awal tahun.

Punya aku gembira mereka lulus. Yang gagal pun aku tetap gembira dan puas hati. Kerana aku tahu mereka dah cukup usaha (baca : cukup-cukup dipaksa untuk berusaha), namun rezeki mereka sekadar itu.

Tak apalah. Aku tak menyesal dah. Aku sikit pun tak malu dengan mereka. Bahkan aku bangga mereka sanggup berusaha gigih melampau batasan kemampuan mereka.

Semalam mereka mungkin gagal, tapi hari esok masih ada lagi sinar. Asalkan mereka terus berusaha dan terus berusaha.

Jika pun rezeki mereka tidak di jalan akademik yang memerlukan kelulusan cemerlang, aku yakin mereka akan terus terbilang dalam bidang lain yang mereka ceburi.

Kerana mereka tidak mengalah. Dan kerana mereka begitu hormatkan ilmu serta guru mereka.

Harta boleh dicari, adab dan hormat itu tidak dapat dijual beli. Itulah yang paling aku bangga!

#MFS
Kisah Sekolah Rendah
– Teruslah menunduk dan menghormati wahai muridku walau siapa pun kalian suatu hari nanti –

T.me/EbookCikguFadli

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul. Ada perkaitan Pecahan, Peratus dan Perpuluhan. Kreativiti murid juga dicungkil bila mereka bebas cipta corak apa pun. Latihan sebegini memang merangsang minda murid-murid. Suka betul aku kalau soalan...

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

"Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam," kata Sitiawa Mohd Noor kat aku semalam. "Hebahan apa pula ni?" soalku kehairanan. "Pagi tadi kan ada pertandingan melukis yang Dana Kita anjurkan kat Surau Al Amin. Seorang budak ni, lukisan dia cantik sangat....

Mak ai, cantiknya kelas.

Mak ai, cantiknya kelas.

Tadi kena relief kelas 2UM. Mak ai, cantiknya kelas. Patut johan kelas tercantik saban minggu. Hiasan cantik-cantik ni biasanya duit poket cikgu la dihabiskan. Bukan sepuluh dua habis ni. Bukan takat duit, masa dan tenaga pun habis. Tapi dah minat kan. Mereka tetap...

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Minggu lepas, Cikgu Hanafi yang mengajar kelas pemulihan datang jumpa aku dan cakap, "Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni. Dah dipulihkan dan tak perlu dah masukkan ke kelas pemulihan" "Wahhh. Syukurlah. Berjaya juga mereka ya" "Tu lah. Seronok...

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya

Semalam, beberapa orang tag aku kat post tentang adik Aisya yang katanya ditampar guru sampai sakit demam dan sakit gigi. Bukan takat tampar, adik Aisya juga kena ketuk kepala dengan buku, kena cubit sampai lebam. Bukan sekali, tapi berlaku banyak kali dengan guru...



Shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib