Pembayaran Tuntutan Petugas dan Pemeriksa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022

video-kafa

Pembayaran Tuntutan Petugas dan Pemeriksa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022


Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan komitmen untuk segera menyelesaikan pembayaran tuntutan petugas dan pemeriksa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022.

Jumlah petugas peperiksaan dan pemeriksa peperiksaan SPM Tahun 2022 adalah sebanyak 131,318 dan 29,421 orang secara berurutan.

Hingga 23 Jun 2023, pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) telah diselesaikan sepenuhnya di 9 buah negeri. Pembayaran IKH bagi pemeriksa peperiksaan telah mencapai 98% kelengkapannya.

KPM akan menyelesaikan pembayaran tuntutan IKH dan TNT bagi petugas dan pemeriksa peperiksaan sepenuhnya, paling lewat pada 31 Julai 2023.

KPM juga mengucapkan terima kasih dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap petugas dan pemeriksa peperiksaan dalam memastikan kelancaran peperiksaan SPM Tahun 2022.

pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

RINGKASAN MAKLUMAT PEMBAYARAN TUNTUTAN PETUGAS DAN PEMERIKSA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

  • Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 melibatkan seramai 131,318 petugas dan 29,421 pemeriksa peperiksaan.
  • Pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) petugas peperiksaan telah selesai 100% di 9 buah negeri.
  • Pembayaran IKH pemeriksa peperiksaan telah selesai 98%.
  • Pembayaran IKH dan TNT petugas dan pemeriksa peperiksaan akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2023.
pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

MAKLUMAT AM PETUGAS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

  • Lantikan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 adalah dibuat oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan (LP).
  • Pembayaran bagi Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) bagi semua petugas peperiksaan adalah diuruskan dan dibayar oleh JPN masing-masing menggunakan peruntukan yang telah diturunkan oleh LP kepada JPN.
pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

BILANGAN PETUGAS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

  • Bilangan keseluruhan petugas peperiksaan: 131,318
  • Petugas ujian mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta peperiksaan bertulis: 42,881
  • Petugas ujian amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan): 35,651
  • Petugas ujian bertutur (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris): 52,786
pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

PRESTASI PEMBAYARAN TUNTUTAN IKHTISAS DAN PERJALANAN PETUGAS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

Setakat 23 Jun 2023, 9 buah negeri telah selesai membuat pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) 100%. Prestasi pembayaran bagi 7 negeri lain adalah seperti berikut:

Kelantan
IKH: 44%
TNT: 93.3%

Terengganu
IKH: 89.69%
TNT: 88.61%

Sabah
IKH: 72.6%
TNT: 62.2%

Selangor
IKH: 61.26%
TNT: 64.44%

N.Sembilan
IKH: 63.8%
TNT: 95.8%

Melaka
IKH: 62.8%
TNT: 76.8%

Johor
IKH: 59.68%
TNT: 62.11%

IKH: Tuntutan Ikhtisas TNT: Tuntutan Perjalanan

pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

MAKLUMAT TAMBAHAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PETUGAS PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

  • Pembayaran bagi Tuntutan Perjalanan (TNT) memerlukan semakan dokumen secara lebih teliti melibatkan jarak perjalanan, resit hotel/loging, surat lantikan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain dokumen berkaitan berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
  • Sekiranya tuntutan yang dikemukakan oleh petugas peperiksaan tidak tepat dan dokumen tidak lengkap, proses semakan akan terganggu menyebabkan kelewatan dalam pembayaran.
  • Lembaga Peperiksaan (LP) memantau prestasi pembayaran tuntutan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang dikemaskini setiap hari. Semua tuntutan perlu diselesaikan oleh JPN selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2023.
pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

BILANGAN PEMERIKSA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022 DAN PRESTASI PEMBAYARAN TUNTUTAN

Prestasi pembayaran setakat 23 Jun 2023

Bilangan keseluruhan pemeriksa peperiksaan
29,421

95 mata pelajaran
180 kertas peperiksaan

Tuntutan Perjalanan (TNT) selesai dibayar
26.2%

Tuntutan Ikhtisas (IKH) selesai dibayar
98.6%

pembayaran-tuntutan-petugas-peperiksaan

MAKLUMAT TAMBAHAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PEMERIKSA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022

  • Pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem LPSkor, kecuali bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  • Pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan telah selesai pada 16 April 2023 dan permohonan bagi tuntutan secara dalam talian melalui sistem LPSkor telah dibuka mulai 1 Mei 2023.
  • Pembayaran bagi Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) pemeriksa dibayar oleh Lembaga Peperiksaan (LP) secara terus ke akaun pemeriksa.
  • Strategi pembayaran adalah dengan menyelesaikan dahulu pembayaran bagi IKH disusuli dengan pembayaran bagi TNT yang memerlukan semakan dokumen secara teliti berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
  • Pembayaran tuntutan pemeriksa dapat diselesaikan selewat-lewatnya 31 JULAI 2023.
modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930