Cara Daftar Tahun 1 Menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

Sudahkah anda melakukan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025? Jika belum sila daftar selewatnya 30 Jun 2023 (pendaftaran bermula pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023).

pendaftaran-murid -tahun-1
  1. Pergi ke laman idMe di https://idme.moe.gov.my/login
laman-idme

2. Klik daftar baru di kiri bawah kotak

daftar-baru-idme

3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik daftar. Pastikan isi semua maklumat dan juga capcha dengan tepat. 

daftar-idme

4. Semak email, anda akan menerima email untuk klik butang pengesahan. Anda akan diberikan password sementara untuk login kali pertama. Klik butang Pengaktifan Akaun Pengguna. 

email-pengesahan-pengguna-idme

5. Sebaik anda klik link email pengesahan pengguna, anda akan ke laman idme semula dan akan keluar notis pendaftaran anda berjaya. Masukkan no kad pengenalan dan password sementara anda dan tekan login. Anda akan diminta mengemaskini password sementara anda sebaik sahaja login. 

paparan-laman-idme

6. Klik pada butang Aplikasi

klik-butang-aplikasi

7. Klik pada kotak Aplikasi Pengurusan Awam

aplikasi-pengurusan-awam

8. Anda akan sampai ke dashboard profil anda. Klik butang pengurusan profil di sebelah kiri untuk mengemaskini profil anda. 

Pengurusan-Profil

9. Isi semua maklumat yang diperlukan: maklumat peribadi sehingga maklumat anak jagaan. 

maklumat-peribadi-idme

10. Setelah selesai kemaskini semua maklumat klik Permohonan kemasukan dan klik Pendaftaran tahun 1

permohonan-kemasukan-idme

11. Anda akan sampai ke laman Tahun 1. Klik ok pada memo. Permohonan kemasukan ke Tahun Satu KPM bagi kemasukan 2024 hanya dibuka untuk murid yang memenuhi syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Anak yang lahir pada 2 JANUARI 2017 hingga 1 JANUARI 2018

laman-tahun-1- idme

12. Klik pautan semak untuk semak maklumat ANAK.

semak-permohonan-tahun-satu-kpm

13 Klik OK pada memo

PERHATIAN

Sila semak maklumat profil anak jagaan/pemohon dan kemaskini jika perlu. Maklumat ini akan digunakan sebagai kriteria pemilihan kemasukkan anak/jagaan tuan/puan.

perhatian

14. Klik kotak Pilihan sekolah dan pilih maklumat sekolah yang ingin dipohon.

pilihan-sekolah-idme

17. Setelah selesai dan pasti dengan maklumat klik perakuan. Anda kemudian boleh cetak permohonan.

perakuan-idme

17 setelah anda tekan butang cetak akan keluar memo, klik OK.

PERHATIAN

Sila kemaskini maklumat kesihatan untuk cetak borang pemeriksaan kesihatan / borang rawatan pergigian

maklumat-kesihatan

18. Klik kemaskini pada Borang Pemeriksaan Kesihatan dan Borang Rawatan Pergigian

kemaskini-kesihatan-idme

19. Semak dan kemaskini maklumat kesihatan dan klik simpan. 

maklumat-kesihatan-idme

20. Di bahagian Kesihatan Kebenaran Rawatan Pergigian sila cetak salinan asal disimpan untuk rujukan.

cetak-rawatan-pergigian<br />

21 Setelah selesai, klik semula pada Permohonan di sebelah kiri dan klik pautan pendaftaran tahun 1

permohonan-kemasukan-idme

22. Klik pada cetak borang untuk list borang yang perlu dicetak. 

cetak-borang-idme

23. Senarai borang perlu dicetak. Klik cetak.

cetak-borang-idme

24. Perhatian :
Sila hantar pengesahan ke sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan (rujuk senarai semak di atas)
Untuk makluman keputusan penempatan murid ke sekolah adalah bergantung kepada kekosongan sekolah dan bukan berdasarkan sekolah yang dipilih.

Pastikan bawa bersama juga cetakan untuk Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi dan KEBENARAN UNTUK RAWATAN PERGIGIAN.

Klik butang i (Informasi) akan keluar memo. Pastikan anda menghantar cetakan-cetakan ke sekolah.

hantar-idme

25. Klik butang hantar.

hantar-idme

26. Anda akan dimaklumkan perakuan telah dihantar. Pastikan borang-borang yang dicetak dihantar kepada sekolah. 

perakuan-idme
permohonan-dihantar-idme

Begitulah cara pendaftaran tahun 1 2024 semoga bermanfaat!

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031