Ajar Mama Sembahyang.

ajar-mama-sembahyang
Ajar mama sembahyang.

Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku menanda buku latihan Matematik tahun 1. Pemilik buku ni murid perempuan kecil molek,anak sulung. Bertudung,cantik sekali. Tapi murid agak pendiam,cakap pun perlahan saja. Seakan berbisik.

Aku perasan ada beberapa soalan yang murid ni tak sempat jawab. Padahal aku bagi kerja rumah sikit je pun.

“Kenapa tak siap ni? Senang je kan soalan ni?” Soalku lembut.

“Tak sempat la cikgu. Balik rumah dah malam,mandi,makan pastu dah tidur”. Jawab murid tu jujur.

“Waktu pagi kan ada. Kenapa tak siapkan waktu pagi je?” Aku masih memancing jawapan.

“Pagi saya pergi sekolah agama. Habis sekolah agama terus ke transit dan datang ke sekolah ni pulak,” balas murid.

“Tak penat ke pergi sekolah agama lagi,pastu sekolah ni pulak? Patutlah tak sempat siap,lain kali cuba siapkan semasa awak baru sampai kat sekolah,” saranku.

“Penat tu memang penat cikgu. Tapi mama saya suruh pergi sekolah agama. Suruh pandai mengaji iqra’, suruh belajar sembahyang. Nanti saya balik rumah, saya ajar mama sembahyang dan mengaji pula cikgu,” lancar jawapan murid tersebut walau perlahan.

Saat ni aku tersentak. Terkejut pun ada. Tidak pernah ku jangka anak seawal umur 7 tahun dihantar ke sekolah agama supaya belajar sembahyang dan mengaji agar mamanya dapat menumpang ilmu fardu ain.

Aku tidak bertanya lanjut. Tidak bertanya tentang papanya, tidak bertanya tentang gaya hidup mereka. Aku bukan pengorek rahsia. Murid itu secara tak sengaja bercerita hal yang tidak sepatutnya dia bagitahu. Namun aku respek mamanya, ajar anak bertudung litup dari tahun 1,hantar ke sekolah agama agar tidak menyesal sepertinya.

Benarlah,hidayah itu milik Allah. Adakala hidayah Allah terus ke sasaran. Tepat dan cepat. Adakala hidayah tu Allah lencongkan seketika bila lihat hambanya lalai. Bila ada titik keinsafan dan kesedaran, baru Allah kurniakan hidayahNya.

Rasanya mamanya dah pandai solat dan mengaji sekarang. Lagi pun asas fardu ain macam solat dan mengaji senang je nak pelajari melalui youtube dan google. Berlambak bahan,cari je. Lagipun anak sulung yang solehah setia membantu, pasti lagi cepat belajar.

Tahniah kakak, kakak anak solehah. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa jasa mama dan papa,cikgu doakan kakak berjaya dunia akhirat. Doakan cikgu juga tau. 🙂

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031