Panduan Permohonan Sekolah Khusus

Salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan calon pelajar! Sesi permohonan untuk tahun 2025/2026 telah tiba, dan berikut adalah maklumat penting yang perlu anda ketahui:

Latar Belakang

Pada 15 April 2020, YB Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Sebagai tindak balas, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan kaedah baharu untuk pemilihan murid yang ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Maklumat Permohonan Sekolah Khusus

1. Murid Tingkatan 1 (PKSKT1)
– Tarikh permohonan: 1 Ogos hingga 8 September 2024
– Semakan pusat: 13 September hingga 17 Oktober 2024
– Pautan permohonan: https://spsktl.moe.gov.my/

2. Murid Tingkatan 4 / Tahun 1 SVM (PKSKT4)
– Tarikh permohonan: 13 September hingga 3 Oktober 2024
– Semakan pusat: 13 September hingga 3 Oktober 2024
– Pautan permohonan: https://spskt4.moe.gov.my/

Senarai Sekolah Khusus

Pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020, dua keputusan penting telah diambil: a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus akan dibangunkan secara single entry point. b) Kaedah pentaksiran standard secara berpusat akan digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

 

Sekolah

Bahagian

Alamat

Telefon

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR 03-83217400
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR 03-83217200
Kolej Vokasional & Sekolah Teknik (KVSMT) BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KOMPLEKS SEKOLAH, BLOK E14, 62604 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 03-88845154
Maktab Tentera Diraja (MTD) MAKTAB TENTERA DIRAJA KEM PERDANA SUNGAI BESI, 57000 KUALA LUMPUR

 

Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan memastikan anak anda mendapat tempat di sekolah yang sesuai. Semoga berjaya!

panduan-permohonan-sekolah-Khusus