Diari Kelas Cikgu. Usaha kami 9 adik beradik buat satu inovasi untuk mudahkan para guru Malaysia buat Kajian Tindakan.
Alhamdulillah, formula ini benar-benar memudahkan dan beri impak besar dalam dunia pendidikan.
Nanti Bengkel Kajian Tindakan Formula Diari Kelas Cikgu 2.0. InsyaAllah minggu depan kami buat lagi bengkel ini. Stay tune ya!
Pada 14 Februari 2025, kami 9 beradik guru telah buat satu bengkel PERCUMA Diari Kelas Cikgu berkongsi bagaimana untuk hasilkan Kajian Tindakan dengan sangat mudah.
Dengan hanya menulis diari harian, cikgu-cikgu dapat buat Action Research (Kajian Tindakan).
Maklumat berkenaan bengkel tersebut adalah seperti berikut:
💫 Sijil Kehadiran diberikan
💫 Bersedia dengan laptop + line yang stabil + Chat GPT
💫 Sasaran bengkel : Tamat bengkel Siap Satu Kajian Tindakan
💫 Persiapan Sebelum Bengkel
– Fikirkan satu formula mudah yang telah atau akan digunakan dalam kelas anda
– Sekiranya mempunyai inovasi pendidikan, bersedia dengan inovasi tersebut untuk kita sama-sama buat catatan DIARI KELAS CIKGU

Ramainya guru-guru dah siap buat Kajian Tindakan. Wahhh, hebat!
Cuma ada berita kurang best sikit ni. Rakaman malam tadi hanya ada video tanpa suara. 😭😭😭
Nak tak kami buat lagi sekali sesi LIVE Bengkel Diari Kelas Cikgu? Mungkin kami akan guna platform lain, YouTube ke. Sebab Google Meet tadi maksima 1000 orang sahaja. Ramai tak boleh masuk.
Yang terlepas Bengkel tadi, cuba baca maklum balas dari peserta malam tadi.
Mesti yang tak sempat join teruja kan nak join Bengkel Kajian Tempatan 2.0 nanti.
InsyaAllah kami cari masa dan waktu yang sesuai untuk buat sesi kali ke dua pula ya.
“Menulislah.. kerana setiap tulisan itu akan kekal selamanya”
#MFS
– Family –
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments