Keputusan UP-DLPS Sarawak 2024: Analisis Cikgu Mohd Fadli Salleh

Pengenalan 

Kerajaan Negeri Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa pendidikan apabila melaksanakan peperiksaan UP-DLPS bagi murid Tahun 6, menggantikan UPSR yang telah dimansuhkan KPM. Perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini memberi gambaran jelas tentang pencapaian murid-murid Sarawak dan bagaimana autonomi pendidikan negeri membolehkan mereka merangka hala tuju sendiri berdasarkan data yang lebih telus dan terukur.

Keputusan UP-DLPS Sarawak 2024 dengan kadar kelulusan English 90.97 Sains 84.71 Matematik 61.01

Perkongsian Asal oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh

Murid Tahun 6 di Negeri Sarawak menduduki peperiksaan UP-DLPS (Setaraf UPSR) tahun ini.
Rakyat Sarawak menyambut baik keputusan kerajaan negeri yang memperkenalkan UP-DLPS sebagai menggantikan UPSR yang dimansuhkan KPM. 99.46% kehadiran murid dicatat semasa ujian berlangsung.

Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan hala tuju pendidikan mereka dan tidak terikat sepenuhnya dengan KPM.

Keputusan UP-DLPS dah pun diumumkan minggu lepas. Bahasa Inggeris mencatatkan kadar kelulusan tertinggi sebanyak 90.97%. Pengajaran Matematik dan Sains dalam English dipercayai penyumbang utama kecemerlangan murid-murid dalam subjek English.

Peratus lulus bagi mata pelajaran lain ialah Sains (84.71%) dan Matematik (61.01%).
Matematik tetap menjadi killer subjek dalam peperiksaan ini. Namun begitu, angka dan peratusan jelas dapat dilihat.

Dari keputusan ini kerajaan Sarawak merangka invertensi khusus untuk mengukuhkan penguasaan anak-anak Sarawak dalam subjek Sains dan Matematik.

Sementara di Semenanjung dan Sabah, tiada peratusan tepat dapat kita lihat kerana murid-murid hanya dinilai melalui UASA yang mana soalannya tidak selaras seluruh negara.

Hanya tahu penilaian melalui TP yang mana boleh dimanipulasi. Tengok Matematik atas kertas TP4, rupanya sifir 3 pun tak hafal. Tengok BM TP5, nak bina ayat pun terkial-kial. Itulah antara maklum balas dari guru-guru Tingkatan 1.

Begitulah.
Salam Subuh dunia!
#MFS

Penutup 

Perkongsian ini membuka mata kita bahawa data yang telus sangat penting untuk merancang intervensi pendidikan yang berkesan. Sarawak kini berada selangkah ke hadapan dengan UP-DLPS yang memberikan gambaran sebenar penguasaan murid dalam subjek teras. Semoga usaha berasaskan data seperti ini dapat dicontohi seluruh negara demi masa depan pendidikan anak-anak kita.

Jika negeri lain turut mengamalkan ketelusan penilaian seperti ini, pasti lebih mudah untuk mengenal pasti kelemahan sebenar dan merancang strategi yang tepat. Tahniah kepada Sarawak, dan terima kasih kepada Cikgu Mohd Fadli Salleh atas kupasan yang jelas dan bermanfaat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031