Jom baca kupasan Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang isu-isu pendidikan terkini 🌟📖
Selamat datang ke artikel “Penilaian Pertengahan Tahun”. Artikel ini ditulis oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Cikgu Fadli akan menerangkan mengapa penilaian pertengahan tahun anak dapat TP3-TP4 sahaja. Mari kita mulakan pembacaan ini untuk memahami lebih lanjut.
Mengapa Hanya TP3-TP4?
“Kenapa penilaian pertengahan tahun anak dapat TP3-TP4 sahaja walau dia dapat 100%, aktif, boleh ajar kawan, beradab mithali?” tanya satu komen. Sebab TP tak boleh menurun, cuma boleh meningkat. Gitu la kami ditaklimatkan dulu. Tak tau la kalau sekarang dah berubah.
Strategi Penilaian Pertengahan Tahun
So pertengahan tahun pakat bagi TP3-TP4 walau murid tu layak TP5 atau TP6 . Sebab akhir tahun nanti nak bagi nampak peningkatan. Kalau sekarang dah TP6, akhir tahun takkan nak bagi TP7? Haha. Kalau bagi TP6 juga masa akhir tahun, macam budak tu tak ada peningkatan pula.
Pandangan Tentang Sistem Penilaian
Kalau tiba-tiba TP5, tak boleh. Sebab asasnya bila dah lepas satu-satu TP, tak boleh undur. “Takkan hari tu faham, hari ni jadi tak faham?” kata pemberi taklimat tentang PBD di suatu ketika dulu. Ontah la jang. Ponin den main dongan TP ni. Ada isu bias dan tak jujur juga. Hmmm.
Kesimpulan:
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Kami harap anda mendapat pemahaman yang lebih baik tentang sistem penilaian ini dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan anak-anak kita. Teruskan sokongan anda terhadap pendidikan anak-anak kita.
Mohd Fadli Salleh
Guru Matematik Sekolah Rendah
Mohd Fadli Salleh- Guru / Sumber Bahan di laman web Cikgu Fadli Online. Dapatkan Info menarik, bahan pembelajaran dan pengajaran di sini.
Telegram: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran
💬 Menarik bukan kupasan ini? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat beaca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!
0 Comments