Pengenalan
Pengajaran berpusatkan murid bukan sekadar teori dalam pendidikan, tetapi telah lama diamalkan oleh guru-guru berpengalaman di bilik darjah. Pendekatan ini menuntut guru merancang PdP yang aktif, bermakna dan melibatkan murid secara menyeluruh. Perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mengimbau kembali pengalaman beliau semasa dicerap oleh pentadbir, satu fasa penting yang banyak membentuk amalan pengajaran berpusatkan murid, penggunaan bahan bantu mengajar serta penyesuaian dengan teknologi semasa.
Melintas memori lama semasa aku dicerap oleh pentadbir. Setiap kali kena cerap, memang buat yang terbaik lah.
Guna flash card, lembaran kerja, kad manila, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Fokus pengajaran berpusat pada murid yang mana murid aktif dalam setiap aktiviti dan guru sebagai pembimbing.
Markah cerapan aku tak pernah kurang 95%. Bahkan aku pernah dicerap dan dapat 100% markah. Alhamdulillah.
Zaman sekarang, murid-murid lebih dekat dengan teknologi. Pembelajaran secara visual sangat penting. Mereka terbiasa dengan phone dan gadget. Maka bahan bantu mengajar juga seharusnya ikuti peredaran zaman.
Walau dah bersara pilihan dua tahun lepas, aku masih mengajar secara online dan bina Modul Pembelajaran Interaktif yang dinamakan Mathwizs.
Mathswizs ada bahan pengajaran menggunakan digital, ada game online, ada aktiviti online, ada lembaran kerja, ada slide yang menarik minat murid-murid.
Aku buat dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Fokus utama untuk bantu guru-guru Matematik seluruh negara agar dapat mengajar dengan lebih menarik, tersusun dan berkesan.
Ia juga bagus kepada ibubapa yang rajin mengajar anak-anak kat rumah. Dah tak perlu jadi singa lagi dah lepas ni. 🤣🤣
Berminat nak dapatkan Mathwizs, dapatkan di sini: https://mathwizs.onpay.my/order/form/belianmathwizs
Salam sebelum Subuh dunia!
#MFS
Kesimpulan: Pengajaran Berpusatkan Murid Era Digital
Kesimpulannya, pengajaran berpusatkan murid menuntut kesungguhan, kreativiti dan kesediaan guru untuk berubah mengikut peredaran zaman. Pengalaman cerapan yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh membuktikan bahawa PdP yang dirancang dengan baik, penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai serta sokongan teknologi mampu menghasilkan pengajaran yang cemerlang.
Walaupun telah bersara, usaha beliau melalui Modul Pembelajaran Interaktif Mathwizs menunjukkan bahawa pengajaran berpusatkan murid boleh diteruskan dalam bentuk digital. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada guru-guru dan ibu bapa untuk terus memperkasa pengajaran Matematik yang lebih menarik, tersusun dan berkesan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh


















0 Comments