tudung-si-comel
pentagonmath

PERKARA yang sering kita terlepas pandang. Tolong jangan biarkan anak-anak kelaparan lagi. 😢

Hari pertama persekolahan, ramai sangat murid tak sempat makan. Bukan murid tahun satu saja tau, anak-anak tahun dua dan tiga pun ramai tak sempat makan.

Lebih malang, ada ibubapa tak tahu anak-anak mereka kelaparan di sekolah sebab lupa bertanya atau anak pulang dah tertidur kepenatan. Lagi sedih. Tolong tanya anak ya mereka makan atau tak di sekolah.

Punca utama murid tak sempat makan sebab kantin terlampau sesak dengan ibubapa. Nak beratur bukan main lama, last-last loceng tamat rehat berdering dan murid pulang ke kelas dengan kelaparan.

Antara punca yang lain anak tak makan ialah makanan di kantin habis. Kena tapau dan makan oleh penjaga/ibubapa yang datang menunggu anak-anak.

Pengusaha kantin buat makanan dah cukup untuk murid sebenarnya, namun bila di serbu oleh ibubapa memang tak cukup makanan untuk murid. Hal ni kerap juga berlaku di awal-awal hari persekolahan.

Mak-mak, tolong sediakan bekal untuk anak-anak boleh tak?

Buat la bekal apa pun, yang simple pun okey. Asalkan mengenyangkan dan berkhasiat. Dan kalau boleh, buat lebih sikit dan suruh anak kongsi dengan kawan-kawan dia.
Makan berkongsi ni selera dia lain macam. Seronok sungguh!

Yang makan berselera, yang menyediakan pun rasa bahagia. Kan?

Jika terlampau sibuk, bekalkan anak dengan buah dan roti gardenia pun okey dah. Air masak jangan di lupa pula.

Ramai kawan-kawan aku mengadu anak tak makan hari ini. Kesiannya budak kecil terpaksa menahan lapar akibat kerakusan orang lain. šŸ˜“

Aku kalau tahu ada murid aku tak makan, meski pun waktu rehat dah tamat aku akan suruh murid makan dahulu. Aku bagi kebenaran khas untuk mereka makan diluar waktu rehat.

Orang yang pernah merasa peritnya menahan kelaparan takkan cuba biarkan orang lain merasa pengalaman itu. Sungguh!

Jadi mak-mak sekalian, walau hari dah malam dan tak sempat nak buat bekal apa dah, pergi kedai jap beli roti ke buah ke, muffin ke.

Bekalkan anak, minta juga mereka kongsi dengan kawan-kawan. Dah, tak payah main Fb lagi, pergi buat bekal cepat. 😁

#MFS
– Sedikit tapi berkongsi itu berkat. –

Kisah Sekolah Rendah

website-mudah

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Mansuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Mansuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada tahun 2011, KPM melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah. Satu cara penilaian yang baharu menggantikan sistem peperiksaan. Tahun-tahun awal pelaksanaan, penuh dengan masalah, rungutan dan ramai guru-guru terutamanya tak bersetuju. PBS...

Isi Masa Murid dengan Latihan Asas Matematik

Isi Masa Murid dengan Latihan Asas Matematik

Isi Masa Murid dengan Latihan Asas Matematik Sumber/Guru:Ā Cikgu Mohamad Hakim Tahun / Tingkatan:Ā Kelas Umum Subjek / Mata pelajaran:Ā Matematik Antara azam saya tahun ni, kalau diberikan tanggungjawab untuk relief atau ganti cikgu yang tak hadir, saya akan minta murid...

Bina Sifir Masa PJ

Bina Sifir Masa PJ

Masa PJ tadi, semua murid-murid main dalam kelas. Permainan kami rujuk buku teks. 15 minit kemudian, murid ni datang, "Cikgu. Saya tak mau main dah. Nak pinjam marker cikgu boleh tak?" "Ambil lah" Dia pun ambil marker dan mula bina sifir. Topik ni aku tak ajar lagi...

Murid ni nakal ya ampunnnn

Murid ni nakal ya ampunnnn

Murid ni nakal ya ampunnnn. Hampir setiap hari ada je aduan. Kacau orang tu, kacau orang ni. Kerja tak siap, buat bising dan sebagainya. Hampir setiap hari cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengadu kat aku sebagai guru disiplin. Belajar cukup slow. Hampir setiap hari...

Ajar Mama Sembahyang.

Ajar Mama Sembahyang.

Ajar mama sembahyang. Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Aku menanda buku latihan Matematik tahun 1. Pemilik buku ni murid perempuan kecil molek,anak sulung. Bertudung,cantik sekali. Tapi murid agak pendiam,cakap pun perlahan saja. Seakan berbisik. Aku perasan ada...

Cara Daftar Tahun 1 Menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

Cara Daftar Tahun 1 Menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)

Sudahkah anda melakukan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025? Jika belum sila daftar selewatnya 30 Jun 2023 (pendaftaran bermula pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023). Pergi ke laman idMe di https://idme.moe.gov.my/login 2. Klik daftar baru di kiri...



Shopee
pok-nik-buat-duit



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib