Apa nak buat jika anak tunjuk markah rendah sebegini pada kita?
Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh Subjek: Matematik Tahun/Tingkatan: Kelas Umum
Pertama
Bertenang. Jangan cepat bertukar menjadi singa ya!
Kedua
Ajak anak sama-sama belek soalan dan tengok soalan mana yang dia jawab salah.
Ketiga
Ajar dia teknik paling senang untuk curi markah.Macam contoh yang saya share selalu kat Telegram ini.
Keempat
Jangan push dia untuk faham soalan berat dam aras KBAT yang tinggi.
Murid ni, bila kena push benda susah bagi mereka, mereka akan cepat give up dan down.
Maka, bantu saja mereka cara cari markah untuk soalan senang. Guide sikit-sikit pun sangat okey dah.
Saya tahu, ini semua tugas guru. Namun jika ada bantuan di rumah, lagi cepat anak kita faham.
Tidaklah saya minta tuan-tuan ajar topik berat dan sukar yang tuan-tuan pun tidak tahu cara nak ajar.
Cukup cari soalan senang yang anak sering cuai dan sering malas baca soalan macam saya kongsi semalam.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Join channel Telegram t.me/EbookCikguFadli untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa setiap hari.
0 Comments