Awal-awal dulu aku hairan, kenapa bila tiba hari Isnin murid-murid macam tak nak aku masuk kelas mereka.
Kalau hari lain, setiap kali terserempak akan tanya,
“Cikgu. Hari ni ada Matematik kan?”
“Yaaaa. Nanti masa Matematik cikgu masuk lah”.
Kadang tengah makan, tengah buat kerja murid datang cari,
“Cikgu. Sekarang masa cikgu. Cepatlah masuk”.
“Mana adaaaaa. Masa cikgu lepas rehat la. Lambat lagi”
“Oh ye ke? Nanti cikgu masuk tau”
Kemain dik nonnn. Depa punya excited tu sampai datang jemput awal sejam dua okeh.
Tapi tiba hari Isnin, aku terlewat masuk 5 minit pun tak ada siapa mai jemput dan ingatkan.
Sebab setiap hari Isnin, aku akan check semua kerja rumah dan buku mereka. 90% murid tak siap kerja. Patut tak dak sorang mai jemput kat bilik guru hari ni.
Siap ada yang doakan,
“Semoga cikgu pergi kursus atau mesyuarat hari ni”.
Adehhhh. Korang kecik-kecik dulu pun sama je khennnn?
*****
Yang mana ada anak-anak Prasekolah dan sekolah rendah, dapatkan buku-buku latihan terbaik sini :
Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/2VNZc0tsQL
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/8ey7jhcGfo
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/7f5aXknInY
Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/30JqD41wOn
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
0 Comments