Guru dan murid ada satu perbezaan besar

guru-murid

Guru dan murid ada satu perbezaan besar. Seorang memberi ilmu, seorang menagih ilmu.

Guru boleh arahkan murid begitu sahaja.

“Aina! Padam papan putih!”

Murid kena akur. Sebab level dan perbezaan itu. Meski pun banyak benda boleh terus bagi arahan dan murid akan akur, aku tetap suka guna perkataan ‘tolong’.

“Aina. Tolong padam papan putih”
“Lisa. Tolong bagitahu mak saudara kamu yang cantik tu cikgu kirim salam”

Eh! 🙊 Gurau, gurau.

Sama juga bila arahkan anak-anak. Sebagai ayah, aku boleh terus arah sahaja. Namun banyak situasi dan keadaan, aku akan guna perkataan ‘tolong’.

Perkataan tolong menunjukkan rasa hormat kita walau mereka masih budak. Ia sebagai tanda penghargaan. Ia lebih pada permintaan, bukan arahan.

Dan sebagai manusia, kita lebih selesa diberi penghargaan berbanding diarah-arahkan.

Begitulah.

#MFS
– Cikgu Sekolah Rendah –

modul-jawi
word-search-puzzle
cikgu-hakim
tudung si comel

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung si comel
Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun KAFA & UPKK (6 Subjek)
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

May 2026
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031