Kelengkapan Sekolah 2024: Siap Sedia Untuk Si Comel!

tudung-si-comel
pentagonmath

BACK TO SCHOOL 2024: Persiapan Kelengkapan Sekolah Si Comel

BACK TO SCHOOL 2024 dah nak mula 😍  Sudahkah mommies memulakan persiapan kelengkapan sekolah 2024 untuk Si Comel bagi tahun depan? Masa berlalu begitu cepat dan sebelum kita sedar, tahun baru sekolah akan tiba. Penting untuk kita, sebagai ibu bapa, memastikan anak-anak kita bersedia sepenuhnya untuk kemasukan tahun baru.

Ini termasuk memastikan mereka mempunyai semua kelengkapan sekolah yang diperlukan. Dari buku-buku teks dan buku latihan, ke peralatan tulis, beg sekolah, dan pakaian seragam, setiap item memainkan peranan penting dalam pengalaman belajar anak-anak kita. Jadi, mari kita mulakan persiapan awal dan pastikan Si Comel kita bersedia untuk BACK TO SCHOOL 2024! 🥰

keperluan-sekolah-2024

Kelebihan Persiapan Awal 

Sekarang rata-rata ibu-ibu suka siapkan awal-awal, sebab hujung tahun tak perlu berebut dah. Saiz itu habis, warna ini habis… kan. Lagi-lagi ibu yang prefer online shopping daripada retail. Lagi cepat order, tak ada lagi masalah kelengkapan sekolah sangkut dekat courier macam tahun lepas.

Dengan persiapan awal, ibu-ibu juga dapat mengelakkan stress berbelanja last minute dan memastikan anak-anak mendapat apa yang mereka perlukan untuk tahun persekolahan yang baru. Selain itu, dengan berbelanja online, momies dapat membandingkan harga dan kualiti produk dengan lebih mudah dan efisien. Jadi, mari kita mulakan persiapan awal dan pastikan anak-anak kita mendapat yang terbaik!

Kelengkapan Sekolah yang ada di TudungSiComel

Mommies boleh pilih nak beli Tudung sekolah, kain baju sekolah , inner dan juga factory reject item (dijual pada harga lebih murah) dari TudungSiComel tau. Jom kita lihat pilihan kelengkapan sekolah yang ada:

koleksi-tudung-sekolah

Koleksi Tudung Sekolah

Tudung Sekolah tudungSiComel sangat selesa dipakai! Ini bukan sahaja membuatkan mereka lebih gembira ke sekolah, tetapi juga membantu mereka menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Memandangkan tudung akan dipakai sepanjang hari, adalah penting untuk memilih tudung yang selesa dan dapat menyerap peluh.

 

baju-dan-kain-sekolah

Koleksi Baju dan Kain Sekolah

Baju sekolah TudungSiComel menawarkan beberapa keistimewaan untuk keselesaan dan kemudahan Si Comel.

  • Pertama, poket baju dijahit dengan Zip Sorok untuk mengelakkan wang Si Comel keciciran dan terkoyak. Poket ini juga lebih dalam dari biasa untuk memastikan barangan tidak tercicir.
  • Kedua, baju sekolah ini menggunakan material Heavy Koshibo yang berkualiti dan mudah digosok. Warna material ini adalah Putih Kebiruan yang membuatkan baju kelihatan sentiasa bersih.
  • Ketiga, pergelangan tangan dijahit dengan dua pilihan – dijahit getah untuk sekolah agama dan tidak dijahit getah untuk sekolah kebangsaan biasa.
  • Akhir sekali, jahitan tepi diperkemaskan dengan dua kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal, sesuai untuk Si Comel yang lasak.

inner-tudung-sekolah

Koleksi Inner

Inner Rainbow yang kami hasilkan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia direka khas untuk dipadankan dengan tudung sekolah. Material yang digunakan adalah Lycra Korea, sama seperti material yang kami gunakan untuk menjahit tudung sekolah. Oleh itu, apabila anak puan memakai Inner Rainbow kami bersama dengan tudung sekolah, kedua-duanya akan kelihatan serasi dan sepadan.

factory-reject-outlet

Factory Reject Outlet

Tudung jenis ini adalah produk “Factory Reject”, yang bermaksud tudung ini mempunyai sedikit kecacatan semasa proses menjahit di kilang.

Walaupun begitu, tudung ini masih elok dan boleh dipakai. Kecacatan yang mungkin terdapat pada tudung ini termasuklah jahitan yang kurang kemas, sedikit tertetas, ukuran yang kurang tepat, sedikit kotor, tiada label atau tersalah label.

Sila ambil perhatian bahawa kami juga menerima tempahan jahit untuk jenama lain, jadi mungkin ada sebahagian tudung yang puan terima adalah atas jenama lain (label). Walaupun begitu, setiap tudung boleh ditukar tetapi kos penghantaran penukaran adalah atas tanggungan sendiri.

Kelegaan Dengan Kelengkapan Sekolah Lengkap

Happy je Si Comel masuk sekolah semua lengkap! 🥰 Sekarang semua hujung jari je. Semua info dari saiz, detail ukuran, pilihan warna boleh pilih yang mana dan buat pembayaran dengan mudah dan cepat! Dengan kelengkapan sekolah yang lengkap, Si Comel boleh fokus sepenuhnya pada pembelajaran tanpa perlu risau tentang kekurangan apa-apa. Selain itu, dengan kemudahan belanja online, ibu-ibu juga dapat menikmati proses persiapan sekolah tanpa stres dan hiruk pikuk di pasaraya. 

Keutamaan Keselesaan Si Comel

Yang pentinggg, Si Comel selesa dan gembira! 💕 Ingat Tudung Sekolah, Ingat TudungSiComel ❤️

keperluan-sekolah-2024

 Cara Mendapatkan Tudung Si Comel

🤩 Boleh dapatkan Tudung Si Comel di sini ya: https://tudungsicomel.com.my/shop .

❤️Jom daftar jadi dropship TSC di sini: https://tudungsicomel.com/dropship/daftar/?love=1642 .

📱Sertai Channel telegram untuk updates dan promosi terkini: https://t.me/TudungSiComelMy

Noor Azin Mohamad

Noor Azin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

Facebook: Noor Azin Mohamad

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Tudung Pra Sekolah: Pilihan Istimewa TudungSiComel

Tudung Pra Sekolah: Pilihan Istimewa TudungSiComel

Tudung Pra Sekolah: Pilihan Sempurna Untuk Anak Anda Hari ini Admin Azlin ingin berkongsi tentang produk TudungSiComel yang istimewa, Tudung Pra Sekolah. Kelebihan Tudung Pra Sekolah Kami Kelebihan lain tudung ini adalah awningnya yang on-point. Lebih kemas apabila...

Bendera Palestin: Simbol Solidariti Anda

Bendera Palestin: Simbol Solidariti Anda

Bendera Palestin: Simbol Solidariti dan Kekuatan Bendera Palestin, simbol yang kuat dan bersejarah, kini boleh didapati di kedai Cikgu Mohd Fadli Salleh. Bendera ini bukan sahaja melambangkan negara Palestin, tetapi juga perjuangan rakyatnya untuk keadilan dan...

Buku Matematik Mathzier

Buku Matematik Mathzier

Adik-adik dah dapatkan buku-buku Cikgu Mohd Fadli Salleh? Jom baca perkongsian berkenaannya 🌟📖 Ada yang tanya pasal topik yang ada dalam buku Maths aku buat tu. Mathzier 1.0 lebih pada operasi asas. 80% soalan hanya tambah tolak darab dan bahagi. Pengenalan topik lain...

Antara soalan yang ada dalam buku Mathzier 1.0

Antara soalan yang ada dalam buku Mathzier 1.0

Adik-adik dah dapatkan buku-buku Cikgu Mohd Fadli Salleh? Jom baca perkongsian berkenaannya 🌟📖 Antara soalan yang ada dalam buku Mathzier 1.0 Tahun 2. Satu page sampai 60 soalan. Tiada soalan KBAT. Tiada soalan berbentuk ayat. Semua soalan direct yang perlu pada...



durioo
belajar-sirah-nabi



BUKU FIZIKAL

mathzier-abakus

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib