Kenapa Mangsa Buli Selalu Terpaksa Pindah Sekolah?
Perkongsian Asal: Mohd Fadli Salleh
Dari post Cikgu Mohd Fadli Salleh:
1. Ada sekolah yang minta jangan besarkan isu dan selesaikan secara dalaman.
2. Bila selesai cara dalaman, hukuman pada pembuli itu tak sampai kena buang sekolah. Paling tinggi gantung sahaja.
3. Maka pembuli dan mangsa masih satu sekolah. Meski pun pembuli tidak lagi membuli secara fizikal, namun mereka akan buli secara mental. Ajak kawan-kawan lain pulaukan, sindir dan seumpamanya.
4. Lebih menyedihkan, ada segelintir guru turut sama menjadi pembuli mental. Terutamanya guru yang berkait dengan kes buli yang dilaporkan. Mungkin guru itu dimarah pentadbir kerana lambat bertindak, ambil remeh aduan dan sebagainya. Jadi guru akan berdendam dengan pembuli.
5. Dalam kelas sindiran demi sindiran guru pula yang ungkap.
“Jangan sentuh Anis tu. Itu puteri lilin. Awak sentuh ja, mak ayah dia terus pergi balai buat report polis, report kat menteri dan sebagainya.”
Satu kelas gelakkan Anis. Mental dan emosi dia rosak teruk.
6. Bila parent dapat tahu anak dia cedera emosi, disindir, dipulau, dipanggil manja, lembik dan sebagainya, akhirnya parent ambil keputusan untuk pindahkan anak demi menjaga kesihatan mental dan emosi anak.
7. Pembuli kekal di sekolah yang sama. Mangsa pula perlu berpindah. Banyak kes sebegini sebenarnya. Termasuk di SBP juga.
8. Harap sangat KPM di bawah teraju baru KPPM, Dr Azam ambil serius isu buli yang berakar sejak berzaman ini. Kena tegas macam DAWD, You touch you go. Tiada kompromi.
9. Mana-mana pentadbir yang cuba sorok kes buli, ambil tindakan keras serta merta. Galakkan pentadbir laporkan kes buli. Makin banyak laporan dari pentadbir, makin berkualiti pentadbir itu.
10. Jangan pandang serong kepada sekolah yang banyak kes buli dilaporkan. Itu adalah sekolah bagus yang cuba buang segala anasir dan budaya buruk dalam sekolah mereka.
Begitulah.
#MFS
Kenapa Mangsa Buli Pindah Sekolah? Ini Sebabnya…
Kenapa mangsa buli pindah sekolah dan bukan pembuli yang dihantar keluar? Soalan ini terus menjadi isu dalam dunia pendidikan apabila kita menyedari corak penyelesaian yang sering tidak adil.
Salah satu sebab utama ialah apabila kes buli ditangani secara dalaman, hukuman ke atas pembuli jarang berat. Sekadar amaran atau penggantungan beberapa hari. Akhirnya, pembuli kekal di sekolah — sedangkan mangsa terus menderita secara emosi.
Tekanan Emosi Lebih Lama Terasa
Walaupun tidak dibuli secara fizikal lagi, buli emosi terus berlarutan. Sindiran dari rakan-rakan, layanan dingin, dan ejekan menjadikan mangsa hilang keyakinan. Malangnya, ada guru yang turut menyindir secara terbuka.
“Puteri lilin. Tersentuh sikit, terus nak repot polis…”
Kelas ketawa, mangsa menangis dalam diam. Inilah kesan sebenar buli emosi — yang kadang lebih menyakitkan daripada tumbukan.
Apabila ibu bapa menyedari anak mereka semakin murung, hilang semangat ke sekolah dan takut bergaul, pilihan paling selamat ialah: pindahkan anak ke sekolah lain. Maka itulah yang berlaku — mangsa buli pindah sekolah untuk selamatkan kesihatan mental.
Pentingnya Ketegasan Pihak Sekolah & KPM
Sudah tiba masanya sistem pendidikan kita lebih tegas. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mesti menetapkan garis keras: tiada tempat untuk pembuli. Jangan lindungi pelaku. Jangan hukum mangsa secara tidak langsung.
Sekolah yang melaporkan kes buli secara terbuka patut disokong — bukan dicemuh. Mereka berusaha membersihkan budaya yang merosakkan. Semakin banyak laporan, semakin telus sebuah institusi.
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
0 Comments