Keputusan Peperiksaan STPM 2025 Diumumkan Pada 18 Jun 2026 – Cara Semakan Online & SMS
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 18 Jun 2026 (Khamis) bermula jam 11.30 pagi.
Calon boleh menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian melalui portal rasmi MPM atau menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
📅 Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2025
- Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
- Masa: 11.30 pagi
[Klik pada imej untuk besarkan]
📲 Semakan Keputusan STPM 2025 Melalui SMS
Calon boleh membuat semakan melalui SMS dengan menaip:
STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran
Contoh:
STPM 010203040506 ST123A001
Hantar ke:
15888
📌 Perkhidmatan SMS mula dibuka pada jam 11.00 pagi.
[Iklan / Advertisement]
🌐 Semakan Keputusan STPM 2025 Secara Online
Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui:
🔗 https://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Atau:
- Layari portal rasmi MPM: www.mpm.edu.my
- Pilih Sistem Semakan Keputusan Bagi Pelajar STPM
📌 Semakan online dibuka mulai jam 11.30 pagi.
⚠️ Peringatan Kepada Calon
- Pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran adalah tepat semasa membuat semakan.
- Elakkan membuat semakan serentak sebaik sahaja keputusan diumumkan kerana portal mungkin mengalami trafik yang tinggi.
- Simpan salinan keputusan untuk rujukan dan urusan permohonan ke universiti.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada pencipta /sumber asal bagi tips, jawapan, atau maklumat tambahan.

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia
Klik sini untuk semua bahan dari sumber ini
Email: muet@mpm.edu.my
Website: Portal Rasmi
Facebook: https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan/
Instagram: https://www.instagram.com/majlispeperiksaan/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@majlispeperiksaan
Youtube: https://www.youtube.com/@mpmselayang






















0 Comments