tudung-si-comel
pentagonmath
kisah-duit

Kisah duit

“Okey, kita sambung belajar Lebih dan Kurang ya’.

“Baik cikguuuu!”

“Lebih tu banyak ke sedikit?”

“Banyak cikguuuuu!”

“Bagus! Katakan cikgu ada RM5, Ali pula ada RM3, siapa lebih?”

“Cikguuuuu!”

“Bagus. Cikgu ada RM5, katakan Haraz pula ada RM8, siapa lagi lebih?”

“Harazzzzz Cikguuuuu!”

“Cikgu! Cikgu! Kita mana ada RM8. Kita ada singgit je. Cikgu la lebih,” kata Haraz.

Hah sudahhhh. Depa tak paham ‘katakan’ pulak dah.

“Iya. Cikgu tahu awak tak ada RM8. Itu contoh saja,” balasku.

Dia tak puas hati. Dia seluk poket keluarkan duit singgit dan cakap,

“Ni je duit kita, cikgu. Tinggal singgit je”.

Kawan-kawan tengok dia keluarkan duit singgit, sekelas pakat keluarkan duit.

“Cikguuuuu! Kita ada RM2”

“Cikguuuuu. Kita tinggal 50 sen”.

“Cikguuuuu. Kat rumah kita ada duit banyakkkk”.

“Okey, okey! Belajar tu jap lagi kita sambung. Sekarang cikgu nak tahu tentang duit awak”.

Maka pakat bercerita la budak-budak ni pasal duit raya lah, pasal tabung lah, duit hilang lah, jumpa duit lah, pak cik bagi duit banyak lah, mak ambik duit ayah lah.

Kahkahkah. Gitu ja kelas aku kena hijack dengan budak-budak Tahun 1. Korang tahu apa, depa ni lesen besar okey.

********

Yang cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib