Kita dan Ibu Bapa.

kita-ibubapa

Zaman kecil, ibubapa adalah orang paling rapat dengan kita. Namun bila menginjak remaja, ibubapa itu bagai musuh.

Kita merasa mereka mengongkong kita. Kita merasa mereka menyekat kebebasan kita. Kita merasa kita cukup besar untuk membuat keputusan sendiri.

Masa ini, semuanya menjadi terbalik. Kita melayan ibubapa dengan kasar sedangkan cukup lembut melayan kawan-kawan. Apa lagi teman lelaki atau wanita.

Masa itu berlalu. Kita dewasa dan mula bekerja sendiri. Makin jarang pulang ke kampung halaman menjenguk ibubapa yang makin ditelan usia.

Jika ada waktu cuti, banyaknya pergi melancong dengan kawan-kawan. Pulang sesekali menjadi umpama raja semua ibubapa sediakan. Kita bangun makan, keluar lepak dengan kawan-kawan sekampung kemudian pulang tidur.

Cukup 2-3 hari pergi semula ke kota. Kita rasa kirim duit belanja seratus dua itu cukup untuk menggembirakan mereka. Seolah seratus dua sebulan itu mampu membalas jasa mereka.

Masa terus berlalu. Dan suatu ketika kita punya pasangan. Mula makin susah pulang ke kampung, makin jauh hubungan dengan orang tua. Duit belanja makin culas dikirim kerana ada tanggungan.

Detik pantas berlalu. Kita kini punyai anak. Kita memberi sepenuh tumpuan pada anak-anak kita. Melayan mereka bagai raja.

Anak menangis kita penuh sabar memujuk, anak sakit kita rela berhutang pergi klinik, anak menjadikan tubuh badan kita umpama taman mainan kita redha, dan 1001 lagi cerita.

Masa ini kita akan sedar betapa besar pengorbanan seorang ayah dan ibu.

Sebagaimana kita tatang anak kita penuh kasih, seperti itu juga ayah ibu kita tatang kita suatu ketika dulu.

Saat ini baru terasa apa yang kita buat pada ibubapa kita suatu ketika dulu satu dosa yang amat besar. Betapa kita merendahkan mereka, betapa banyak kita derhaka, betapa kita selalu meletakkan keutamaan mereka itu dibelakang benda lain.

Sedangkan pahit jerih pengorbanan mereka tidak tertanding dengan seratus dua, bahkan tidak mampu dibayar dengan emas berjuta.

Saat ini kita mula memikirkan, betapa sakitnya hati, betapa terlukanya kita, betapa kecewanya kita jika anak yang kita tatang dan puja menjadi seperti kita.

Detik ini kita mula menghargai kedua ibubapa. Mula ingin kembali dan mendekati kerana baru kita sedar bagaimana perasaan mereka terhadap kita, bagaimana pula pengorbanan dan jasa yang telah dicurah buat kita.

Namun jika saat punya keluarga pun hati kita masih belum terbuka, masih tidak menyedari dan enggan mengakui betapa kita telah banyak melukakan hati kedua ibubapa kita, mohonlah pada Tuhan satu hati yang baru kerana hati kita telah pun mati.

Jika masih punya kedua ibubapa, santunilah mereka selayak yang mereka patut terima. Kerana bila mereka tiada lagi, hanya kesal yang menanti.

Semoga Allah terus merahmati kedua ibubapa kita samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sesungguhnya tidak tertulis segala jasa dan pengorbanan mereka. Sungguh!

Kita di sini mungkin aku, mungkin kamu.

#MFS
– Keramat hidup –

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli

Cikgu Fadli

Author

Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

January 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031