Dua minggu lepas, seorang pesakit positif COVID-19 hubungi aku bercerita betapa dia rasa sedih dan terkilan jiran tetangga menuduh dia penyebab COVID-19 merebak di taman mereka.
Kebetulan ada warga emas dalam taman mereka positif juga. Maka anak-anak warga emas ini wasap dia dan mengeluarkan kata-kata tak elok. Hina, cerca dan seumpamanya.
Namun setelah doktor check, berdasarkan CT Value, rupanya warga emas itu dahulu yang dijangkiti virus COVID-19 ni. Bukan datang dari pesakit yang dituduh ini.
Kan dah malu sendiri. Tuduh orang sebarkan rupanya sebaliknya yang mungkin berlaku.
Sakit ni tiada siapa hendak. Tiada siapa mahu.
Semua yang terkena, dijangkiti ini tanpa mereka sedar. Munkin saja sewaktu isi minyak, mungkin sewaktu cucuk duit di bank, mungkin dapat dimana-mana sahaja.
Ia merebak dengan pantas dan mudah. Bahkan ada kluster yang tidak dapat dikenal pasti datang dari mana. Ramai juga yang positif tanpa menunjukkan gejala.
Kita tak mahu pun wabak bahaya ini terkena pada diri kita dan keluarga kita. Memang kita minta jauh sangat-sangat.
Namun jika sekiranya kita atau keluarga kita diuji dengan wabak ini, tolong kekal rasional.
Tak perlu nak menuduh sesiapa. Kita terus ambil tindakan untuk lindungi diri dan ahli keluarga lain yang belum dijangkiti.
Sentiasa patuhi SOP, amalkan langkah pencegahan, patuh pada setiap garis panduan dari pihak kerajaan, vaksinkan diri dan doakan banyak-banyak agar Allah segera angkat penyakit ini dari bumi kita.
Yang ada kontak rapat, yang bergejala, tolong pergi swab test untuk pastikan status diri kita.
Jangan takut, dan jangan sedapkan hati bahawa kita selamat dan bebas. Sangat risau jika kita positif, tapi tak ada gejala. Ini yang bahaya kerana kita mungkin akan membahakan nyawa orang lain pula.
Doakan keluarga kami yang diuji dengan wabak ini juga ya. Kami tak salahkan sesiapa atas ujian Allah ini.
Dan kami ambil langkah terbaik agar ianya tidak merebak kepada orang lain dan keselamatan ahli keluarga kami akan terus terjaga.
Terus kuat abah, Kak Yah dan Muaz. InsyaAllah kalian akan kembali sembuh seperti biasa.
Amin.
Mohd Fadli Salleh
Siapa ada anak-anak sekolah rendah dan lemah dalam Matematik, BM, English atau Sains?
by Admin Cikgu Fadli Online | Oct 4, 2021 | Ads, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bilik Darjah / Tingkatan, Bilik Guru, Cikgu Mohd Fadli Salleh, Edu, Isu Pendidikan, Mata Pelajaran, Matematik, Pendidikan, Sains, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Type, Umum
Siapa ada anak-anak sekolah rendah dan lemah dalam Matematik, BM, English atau Sains. Ni Cikgu Fadli syorkan buku latihan yang bagus untuk anak-anak kalian. Buku ini dibina oleh guru berpengalaman berdasarkan silibus terkini. Harganya cuma RM6.50 - RM6.90 BM Tahun 1-3...
Tips Untuk Anak Kuasai Subjek Matematik.
by Admin Cikgu Fadli Online | Sep 26, 2021 | Bilik Darjah / Tingkatan, Bilik Guru, Cikgu Mohd Fadli Salleh, Isu Pendidikan, Mata Pelajaran, Matematik, Pendidikan, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Umum
Subjek Matematik menjadi killer subjek zaman sekarang. Dulu-dulu Matematik ni subjek mudah dapat A. Sekarang nak lulus pun payah. Ramai parent pm saya bagaimana nak atasi anak lemah Matematik. Ada yang pm bagitahu anak mereka tak suka Matematik. Mereka selalu bertanya...
The struggle is real gais.
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 27, 2021 | Motivasi Pagi, Umum
Oleh: Mohd Fadli Salleh The struggle is real gais. Golongan M40 dan T20 satu persatu mulai tumbang. Yang masih bertahan pun makin susut semua simpanan. Kebanyakan situasi peniaga dan majikan di musim wabak ini bukan lagi untuk mencari keuntungan....
Bahagia tidak diukur dengan berapa duit yang kamu ada
by Admin Cikgu Fadli Online | Jul 26, 2021 | Motivasi Pagi, Umum
Oleh: Mohd Fadli Salleh Bahagia tidak diukur dengan berapa duit yang kamu ada. Tidak juga berdasarkan paras rupa. Bukan juga kerana manisnya kata-kata. Ia tentang seberapa banyak kamu hargai orang disekelilingmu. Ia tentang setiap yang ada disyukuri sepenuh...
RUANG IKLAN
LANGGAN UPDATE TERKINI
Jom Subscribe untuk dapatkan Bahan PDP, Info dan Promosi Terkini!
Isi nama, email dan klik subscribe
JOM BERSEDEKAH

Recent Post
Worksheets for Year 4, Module 7: Helping Out.
Mudahnya belajar BAHAGI oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh
Time Flash Cards by Ms. Nashiha
English Year 3 Module 2 : Every day
Phonics Module for Year 1
Topik Kenal Nombor dan Operasi Tambah untuk Tahun 1
Unit 9 Bumi Udara Sains Tahun 2
Nota Ringkas Sains Tingkatan 1 Bab 3
Nota Subjek Bahasa Inggeris: Conjunction
Siapa ada anak tahun 2,3,4,5 dan 6?
Recent Comments
Admin Cikgu Fadli Online on Silang kata Online Bahasa MelayuAdmin: Alhadmulillah, sama sama kembali ya
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Silakan ya
NUR SARAH YASMIN on Silang kata Online Bahasa MelayuCikgu terima kasih kerana apa yang cikgu hantar ni…
MUHAMMAD AMIRUDDIN LUQMAN on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Boleh tak saye buat latihan yang cikgu fadli bagi?
Admin Cikgu Fadli Online on Latih Tubi Tambah dan TolakAdmin:Waalaikumsalam, Alhamdulillah, Sama sama kem…
Admin Cikgu Fadli Online on Modul Lembaran Kerja Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – Jaga, Amalan dan WaspadaAdmin: Sama sama kembali ya
Admin Cikgu Fadli Online on Misteri Cuaca: Warna-warni / Pelangi -MODUL PdPR Transisi Tahun 1/2021Admin:Silakan Cikgu Adah, Sama sama kembali Alhamd…
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Sama sama kembali Alhamdulillah.
Admin Cikgu Fadli Online on Misteri Cuaca: Warna-warni / Pelangi -MODUL PdPR Transisi Tahun 1/2021Admin: Silakan ya, Sama sama kembali Alhamdulillah
Admin Cikgu Fadli Online on Ulangkaji Matematik Tahun 2 PKPB Vol 1Admin: Sama sama kembali Alhamdulillah
Dapatkan Ebook Keluaran MFS Empire
Kami mempunyai siri ebook Matematik dan subjek-subjek lain bagi membantu pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan ibu bapa baik di sekolah atau di rumah.
Makluman : Ebook Premium adalah merupakan sebuah eBooK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
0 Comments