Tolong jangan bandingkan saya – Cikgu Mohd Fadli Salleh

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

Tolong jangan bandingkan saya.

“Cikgu Fadli ajar anak suka dan cepat faham. Cikgu sekolah anak saya ajar anak bosan, tak faham pula tu”.

Jangan!

Jangan bandingkan saya dengan guru-guru anak-anak kalian. Kecil hati cikgu tu yang mendengar nanti.

Kawan-kawan. Saya buat kelas LIVE secara percuma di Fb ini bukan untuk kalian membandingkan siapa bagus siapa tidak. Bukan nak tunjuk hebat.

Bukan nak tunjuk power.

Tidak.

jangan-bandingkan-saya

Berulang kali saya bagitahu sebelum saya buat kelas LIVE dulu, saya takut. Risau.

Debor. Sejujurnya awalnya saya tak setuju pun nak buat kelas secara LIVE ini.

Namun memandangkan ada permintaan, memandangkan saya rasa ianya dapat membantu sangat ramai murid dan ibubapa, saya menyahut cabaran itu.

Ia tidak mudah. Ia sebenarnya cabaran besar buat saya.

Saya bukan sahaja diperhati oleh murid-murid dan ibubapa. Saya diperhati oleh rakan-rakan guru lain. Guru otai, guru pakar, guru cemerlang, guru adiwira, ikon guru PAK21, SISC+, jurulatih kebangsaan, jurulatih negeri, jurulatih daerah, pensyarah IPGM, Nazir, PPD, JPN dan KPM.

Merelakan setiap tindak tanduk saya diperhati, cara mengajar saya diteliti dan diamati oleh mereka yang pakar dalam profesion ini amat menakutkan sebenarnya.

Tapi saya tetap kentalkan hati untuk teruskan juga. Saya ingin menyumbang sesuatu pada ibubapa dan murid-murid saat mereka semua mula rasa tertekan dengan pembelajaran secara maya ini.

Dan alhamdulillah, kelas LIVE kali pertama berjalan dengan lancar. Ia mendapat sambutan hangat, murid-murid suka, ibubapa pun puas hati. Syukur dan lega sangat saya rasa bila ianya berjalan lancar.

Sejurus selepas LIVE kali pertama, saya terus membuat refleksi. Sesi refleksi secara LIVE saya luah, dalam bentuk tulisan pun saya tulis di wall saya. Ini point utama refleksi saya tempoh hari. Baca semula dan fahamkan :

  1. Saya bukan nak tunjuk hebat. Saya nak menyumbang sesuatu pada murid-murid dan ibubapa.
  2. Semua guru adalah terbaik dan guru paling bagus adalah guru-guru yang mengajar anak-anak kalian.
  3. Saya bukan sesiapa. Bukan guru pakar. Bukan guru cemerlang. Bukan jurulatih kebangsaan, negeri atau daerah. Jauh sekali guru adiwira. Saya hanya seorang guru biasa.
  4. Jika ada yang kalian nampak sebagai kelebihan, ia cuma setitis ilmu yang dipinjamkan Tuhan. Tiada sebesar zarah kehebatan dari diri saya sendiri.
  5. Setiap sambutan yang diberi, setiap kata puja dan puji, bukan untuk saya meninggi diri. Bukan untuk saya rasa hebat atau memandang rendah pada orang lain. Ia untuk saya ucapkan syukur atas sedikit kelebihan pinjaman Tuhan dan dapat dimanfaatkan kepada ramai orang.
  6. Apa yang saya persembahkan dalam setiap pengajaran datangnya dari pengalaman. Ia cara saya mengajar sejak sekian lama.
  7. Saya tidak betul dan benar pada setiap masa. Saya mungkin akan ada melakukan kesilapan. Tegurlah.

Kawan-kawan.

Berhenti bandingkan saya dengan sesiapa ya. Tambah-tambah dengan guru-guru anak kalian sendiri.

Mereka guru yang sangat hebat, cuma belum jumpa rentak sahaja lagi. Bila kilauan permata dan kehebatan mereka memancar, saya sendiri tak dapat menandingi.

Saya cuma seorang guru biasa. Yang cuba sedaya upaya memberi manfaat sebanyak mungkin kepada sesiapa semasa masih ada kudrat, masih sihat dan masih ada nyawa.

Begitulah.

#MFS
– Usah lagi membanding-banding. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU....

Baru je gaji.

Baru je gaji.

Baru je gaji. Hari ni dah mengira hari bila pula nak dapat gaji seterusnya. Adehhh. Kena rompak dengan macam-macam...

Kecantikan itu subjektif.

Kecantikan itu subjektif.

Kecantikan itu subjektif. Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh   Kecantikan itu subjektif. Pada mata kita...

Jika hari ni kita berkuasa

Jika hari ni kita berkuasa

Jika hari ni kita berkuasa Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh   Jika hari ni kita berkuasa, kita ternama, kita...

Sebanyak mana duit kita ada pun

Sebanyak mana duit kita ada pun

Sebanyak mana duit kita ada pun, kita takkan boleh membeli : 1. Ketenangan 2. Kebahagiaan 3. Masa lapang 4. Tidur yang...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib