tudung-si-comel
pentagonmath

Candid latihan sukaneka Tahap 1. Caption kat gambar.

sukaneka

Ada yang lapar sedang makan facemask. Ada yang sedang membawang. Ada yang tunjuk skill imbang botol atas kepala. Hebat!

 

sukaneka

“Eh. Awek kau minum botol lah”, bisik murid laki kat kawan dia.

 

sukaneka

Sorang-sorang pun jadi. Aku kena berlatih flip botol sampai handal. Lepas ni boleh la lawan ayah aku kat rumah.

 

sukaneka

“Awak buka tangan macam ni. Saya nak tengok garisan tangan awak. Ooo, awak ni kahwin orang jauh. Umur awak panjang. Sampai 200 tahun”.

 

sukaneka

Ahhh, pedulikan orang sedang bersukan. Jom kita main enjit enjit semut jom.

 

sukaneka

Ayokkk. Tatayokkkkk. Siapa buatttt? Dah nangis dah tu. Pujuk la korang. Siapa suruh tak nak teman dia pergi tandas. Dah nangis dah dia.

 

sukaneka

“Hulur tapak tanganmu, biarku baca masa depan mu”.
“Eh. Tak boleh. Ayah aku kata syirik lah percaya”.
“Syirik tu apa?”
“Syirik tu yang cikgu suruh hafal tu. Alaaa, yang 3×3 = 9, 4×3 = 12 tuuu”
“Ooooo”.

 

sukaneka

Awak nak ke? Biar saya suapkan.
Sweetttt.

 

sukaneka

Kau makan je. Biar aku kipaskan. Upah kau teman aku pergi tandas tadi.

 

sukaneka

Pedulikan orang nak makan. Aku nak main spinning pen.

 

sukaneka

“Ni dah kenapa?”
“Saya nak kencing cikgu”
“Orang dah nak lawan dah ni”
“Okey cikgu. Saya sedut balik air kencing”.
Mata pejam. Tarik nafas. Muka serius.
“Okey, dah tak rasa nak kencing”.
Ye la kau. Karang terkencing masa berlari.

 

sukaneka

“Adoiii. Penatnya tidur la jom”.
“Jom!”

 

sukaneka

“Sorak la kuat sikittt!”
“Biruuuu! Biruuuuu! Biruuuu!”

 

sukaneka

“Ingat badan aku berisi sikit kau boleh makan aku ke? No way mannnn. Aku laju!”

 

sukaneka

“Dahaganyaaa. Jom beli air jom”.
“Awak belanja saya boleh?”
“Saya dah tak de duit. Jom kita suruh cikgu Fadli belanja”
Ala balerrr.

 

sukaneka

Lari seorang diri dekat balkoni. Suruh duduk elok-elok mana mau dengarnya budak-budak ni. Dah dapat penyakit baru duduk diam sikit. Adoi lah.

 

#MFS

– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya.

Ada anak bakal melangkah ke Tahun 1? Baca ni ya. 1. Biasanya Hari Orientasi Tahun 1, anak-anak akan melalui saringan ringkas. 2. Saringan ini penting untuk kami guru-guru ketahui asas anak-anak dalam kenal huruf dan nombor. 3. Soalan biasanya dari kelas pemulihan,...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib