Lihat anak isteri sihat ada depan mata, syukur.

Lihat anak isteri sihat ada depan mata, syukur. Berapa ramai diluar sana yang sakit, yang terpisah dengan keluarga.

Buka bekas beras, masih ada beras. Buka peti ais, ada ikan, ada sayur, ada ayam. Syukur. Berapa ramai diluar sana yang tak mampu pun nak beli barang dapur saat ini.

Masih mampu keluar bekerja, atau bekerja di rumah sahaja. Ucaplah syukur walau pendapatan berkurangan dari biasa. Berapa ramai diluar sana hilang pekerjaan dan langsung tiada pendapatan. Bahkan dikelilingan hutang.

senyum

Hargai setiap yang kecil. Bersyukur sungguh-sungguh dengan setiap nikmat yang kita ada. Nikmat kesihatan, nikmat keluarga tinggal bersama, nikmat masih punya pekerjaan dan mampu mencari rezeki yang halal.

Lockdown ini mendekatkan kita dengan keluarga. Yang selama ini kita asyik sibuk diluar sahaja.

Lockdown ini membuatkan kita menghargai setiap cebisan rezeki yang sebelum ini jarang disyukuri.

Lockdown ini mendekatkan kita dengan Tuhan. Lebih ikhlas kita menadah tangan. Lebih khusyuk dalam solat seharian. Lebih banyak bangun ditengah malam.

Lockdown ini, gunakan untuk membaiki diri. Baiki hubungan dengan Tuhan dan anak isteri.

Dan ia mengajar kita pentingnya berkongsi dan membuatkan kita lebih mensyukuri.

Syukur Tuhan atas segala nikmat dan kesempatan.

Selamat pagi semua!

Mohd Fadli Salleh

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930