Pada tahun 2011, KPM melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah.
Satu cara penilaian yang baharu menggantikan sistem peperiksaan. Tahun-tahun awal pelaksanaan, penuh dengan masalah, rungutan dan ramai guru-guru terutamanya tak bersetuju.
PBS dikatakan tidak sesuai, menyusahkan, penambahan beban guru yang mendadak, sistem yang gagal kerana nisbah murid yang ramai, infrastruktur yang tak lengkap dan tak support sistem PBS, dan pelbagai isu lagi.
Maka pelbagai pihak mendesak KPM hentikan satu program yang dikatakan gagal dan memberi impak buruk pada murid-murid sekolah.
Deklarasi Himpunan 222 (22.2.2014) dibuat dan disokong oleh puluhan NGO termasuk ABIM, Tamil Foundation, Dong Zhong, Pendidik, Prof Madya Dr Agus dan ramai lagi tokoh.
Gerakan mendesak KPM mansuhkan PBS dikalangan guru diketuai oleh Cikgu Izzat Johari. Puluhan ribu guru menyokong usaha Mansuhkan PBS ini. Mereka menukar dp dan profile picture acc media sosial mereka dengan dp Mansuhkan PBS.
Isu itu menjadi kecoh sehingga akhirnya KPM akur dan memansuhkan PBS pada masa itu. Tindakan KPM pada masa itu untuk meredakan kemaharan stakeholders sahaja.
Akibat mengetuai gerakan memansuhkan PBS, Cikggu Izzat Johari dibuang kerja sebagai guru pada 2015.
Sebenarnya, PBS tidak dimansuhkan sepenuhnya. Mereka hanya KIV dan hold program itu sehingga isu Mansuhkan PBS reda dan masyarakat lupa.
Mereka tukar pada nama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan beberapa penambahbaikan.
Namun semalam, KPM secara terbuka kembali menggunakan nama PBS sempena Konvensyen Libat Urus PBS 2023.
Program yang kononnya ingin mendapatkan pandangan stakeholders dan mengutamakan cadangan pemegang taruh, namun hanya yang terpilih dan dipilih yang dipanggil untuk sesi Libat Urus ini dan ada cadangan serta pandangan SLU diabaikan kerana mereka telah pun ada skrip mereka sendiri. Ini dapatan yang saya dapat dari peserta yang dijemout menyertai Konvensyen itu dan beberapa komen di FB oleh peserta yang join SLU ini.
Ada juga yang mendakwa Konvensyen Libat Urus PBS 2023 ini cuma wayang dan drama sahaja.
Panjang sejarah tentang PBS di negara kita ni. Sangat panjang. Nak ditulis semuanya, tak sempat.
Jadi malam semalam saya telah bersiaran secara LIVE di platform TikTok bersama Cikgu Izzat Johari membincangkan isu PBS ini.
Kami telah bincang secara ilmiah pro n kontranya. Apa kebaikan. Apa keburukan. Kenapa puluhan ribu guru-guru menolak PBS suatu ketika dulu. PBS iguan besar para guru-guru Malaysia suatu ketika dulu. Kenapa Cikgu Izzat dibuang dan pelbagai isu lagi akan dikupas.
(Rakaman live semalam akan dikongsi secara berperingkat. Kami akan update dalam masa terdekat ya.)
#MFS
Baca Artikel Berkaitan:
0 Comments