Anak siapa suka melukis kat tudung? Haha, ni pemandangan biasa di sekolah.
Kadang tumpah sos, air lada, mee goreng, macam-macam lagi lah. Kalau ada subjek seni hari tu, tengok la tudung dan anak bila pulang.
Pernah juga aku tengok video dan gambar-gambar yang parent share kat media sosial, anak ke sekolah kemain tudung on point, kemas, rapi. Masa balik tudung dah macam kain buruk. 🤣🤣
Bila tengok tudung murid-murid comot, dengan aku rasa berdebor. Balik rumah nanti jumpa mak, entah apa nasibmu nak. Cikgu hanya mampu kirim doa. Silap-silap dengan ayah sekali kena marah.
Perempuan khannnnn. Memang bukan makhluk bumi. 🥶
Tapi ada je murid yang kemas dan rapi sungguh. Jaga pakaian macam orang dewasa. Kejap-kejap pergi tandas betulkan tudung, awning mesti on point, tak boleh ada setitik kotor kat baju, terus susah hati.
Tu segelintir kecil sahaja. Sebahagian besarnya macam ni la anak-anak kita di tahun 1.
Tak payah la marah-marah sangat mak-mak singa semua ya. Dah lumrah anak-anak, otak mereka tengah berkembang tu. Sel tengah berhubung. Semua ni sebahagian pengalaman yang mematangkan mereka.
Jika tudung anak dah jadi cam belacan, tukar je tudung lain. Beli spare 7-8 helai tudung sekolah kat anak-anak. Korang ada beratus helai kot, kat anak takkan selai dua ja. 😝
Sekolah buka lambat lagi. Kalau tudung anak dah comot, beli baru je gais. Tudung sekarang bukan mahal mana pun.
Bab tudung sekolah budak-budak ni, aku suka Tudung Si Comel. Boleh ke website TudungSiComel.com untuk beli secara online . Baru la semangat sikit anak-anak kita nak ke sekolah nanti.
Okeh, tu ja nak cakap. Jangan marah anak kalau tudung anak comot, marah je ayah dia. Lepas tu pau pulak ayah suruh beli tudung kat anak banyak-banyak. Selit tudung korang sekali. Alaa, macam tak biasa. 😝
Ya, ya, ya. Kami lelaki selalu kena marah walau tak tahu apa salah kami. Begitulah kejamnya dunia pada lelaki. 😢
#MFS
– Kisah Tahun 1 –
0 Comments