Masa korang tengah debor siapa pm haritu aku tengah kalut pakaikan murid tudung ni.

tudung-si-comel
pentagonmath

Masa korang tengah debor siapa pm haritu aku tengah kalut pakaikan murid tudung ni.

Alkisahnya murid lain gerak pergi rehat. Seorang murid perempuan datang dengan muka sedih dan cakap,

“Cikgu. Tudung saya tak jadi”.

“Errr. Habis tu awak nak cikgu tolong pakaikan ke?”

Kepala diangguk. Dia cabut tudung dia dan anak tudung letak atas meja semua.

Geram benar nampak gaya tudung tak jadi. Haishhh, perempuan ni kan memang complicated sejak kecik eh?

Ala baler. Aku tak dak anak perempuan. Tak pernah ada pengalaman pakaikan tudung anak. Tapi kali ni aku cuba je lah.

Kebetulan ada pengawas melintas nak pergi rehat. Terus aku panggil suruh ambik gambar. Memori manis yang berlaku jarang-jarang gini kena abadikan tau.

Tua esok boleh lihat semula dan senyum sorang-sorang. Dah, jangan tanya siapa yang ambik gambar okeh. Dah jawab siap dah ni.

Aku siap Google ‘Cara pakai tudung’ tau. Berpuluh web ada. Pening nak pilih yang mana. Sampai kena sound dengan murid,

“Cepat la cikgu. Saya nak pergi rehat pula ni”.

Adoi. Cikgu disiplin kena sound dengan murid darjah 1 okeh. Nasib la cikgu sayang. Kalau takkkk, cikgu lambung keluar kelas tu.

Aku bayangkan wife pakai tudung macamana. Try la buat. Tapi tak puas hati lah.

Macam senget banyak. Nanti budak ni pergi tengok cermin aku kena marah lagi. Tak nak kena marah dah. Hahaha.

Mujur masa ni melintas murid perempuan Tahun 3 empat orang depan kelas. Cepat-cepat aku panggil.

“Ada apa cikgu?”

“Awak tolong dia pakai tudung. Cikgu buat macam tak jadi je”.

“Apa la cikgu ni. Pakaikan tudung pun tak pandai ya. Mai kakak buat dik”.

Adoi, kena sound dengan murid darjah 3 pulak dahhh. Siapa suruh tak pandai pakaikan tudung, ye dak? Haha.

Memori benda-benda gini. Nampak kecil je kisahnya. Tapi manis untuk dikenang sepanjang hayat.

Cikgu tak minta banyak anak-anak semua. Cuma esok-esok bila korang dah besar, kirim la doa seketul dua buat cikgu.

Saat cikgu tak lagi boleh berdoa. Saat cikgu sangat mengharapkan doa orang lain. Tu ja cikgu mintak.

Okeh. Korang yang ada anak perempuan better beli Tudung Si Comel. Siap awning scuba terbentuk elok. Tak payah tiup-tiup dah.

Material lembut dan sejuk. Paling best, ada warranty 180 hari. Tak puas hati, boleh tukar lain atau mereka ganti semula duit korang okeh.

Boleh dapatkan kat sini :https://bit.ly/ShopTudungSiComel

 

Bermula dari pakaikan anak tudung gaisss. Gigih la aku buat. Walau tak pandai kena belajarrrrr. Nanti ada anak perempuan, senang. Tiberrr. šŸ˜ Boleh dapatkan kat sini :https://bit.ly/ShopTudungSiComel

 

Kemudian sarungkan tudung pula. Part ni paling susah. Senget benget jadinya. Kalau dia guna tudung scuba Si Comel kan senang. Tak payah tiup awning bagai. Lihat sini : https://bit.ly/ShopTudungSiComel Racun itu wajib gaisss.

 

Masa aku tengah susah hati ni Allah hantar bantuan. 4 murid perempuan Tahun 3 melintas kelas. Terus aku panggil. Boleh dapatkan kat sini :https://bit.ly/ShopTudungSiComel

 

Bagus budak-budak ni. Layan murid tahun 1 macam adik kandung mereka sendiri. Aku perhati je cara mereka pakaikan tudung. Nanti aku boleh buat juga. Belajar gais. Belajar pakaikan tudung walau tak ada anak perempuan. Yang cari tudung pra sekolah ke, sekolah rendah ke, aku syorkan tudung si comel ni : https://bit.ly/ShopTudungSiComel

 

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Kukuhkan Ingatan Anak

Kukuhkan Ingatan Anak

Kukuhkan ingatan anak Ilmu yang baru dipelajari cepat dilupai. Begitulah anak-anak kita biasanya. Baru sahaja ajar dalam kelas, bila buat aktiviti kelas bukan main meriah. Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian,...

Cikgu, ni nama siapa?

Cikgu, ni nama siapa?

"Cikgu, ni nama siapa?" "Ni nama cikgu". "Okey. Ni untuk cikgu". "Terima kasih banyak". "Cikgu, ni nama siapa pula?" Ditunjukkan hadiah lain tertera nama Cikgu Loqman. "Ni nama Cikgu Loqman" "Terima kasih cikgu. Saya nak pergi cari Cikgu Loqman bagi hadiah pula"....

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

M1 : Eh, kat baju cikgu ada gambar chess. C : Awak tahu ke main chess? M1 : Tahu cikgu. C : Bagaimana kuda bergerak? M1 : Dia bergerak macam huruf L Murid-murid lain pakat dengar je perbualan aku dengan M1 dengan penuh minat. C : Kalau Castle ni pula gerak macamana?...

Benda dari Poket

Benda dari Poket

Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia. Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia. Wahh, pakai...

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas. Semerbak baunya. Sah, ada yang buat hal main perfume. "Siapa main perfume ni?" tanya aku. Sekelas tunjuk kat murid laki ni. "Dia sembur kat saya juga cikgu," adu seorang murid. "Ah, kau yang nak juga. Aku bagi lah". Start...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib